December 19th, 2018

Gagal beberapa kali dalam percintaan dan kini masih lagi solo, penyanyi Elizabeth Tan mengakui beliau seorang yang cepat bosan dan mungkin itu juga antara sebab hubungan cintanya sebelum ini tidak dapat kekal lama. Lebih sukakan privasi dan gemar menyendiri dalam bilik, Elizabeth juga tidak mempunyai ramai kawan.

Mungkin sebab itu susah untuk saya kekal lama dalam perhubungan. Hampir lima tahun dalam industri, tidak mudah sebenarnya untuk sampai ke tahap ini. Saya rasa diri ini membosankan, apatah lagi saya kurang bercakap dan tidak pandai bergaul hingga ada yang menganggap saya pelik.

Sikapnya yang suka memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan membuatkan beliau cepat khuatir dan cemas sehingga sampai satu tahap terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan.

Bagaimanapun, kehidupan beliau kini lebih teratur dengan bantuan pembantu peribadinya yang banyak memberikan Elizabeth sokongan untuk mengubah dirinya dan pada masa yang sama meneruskan kariernya dalam bidang hiburan.

Sepanjang tahun ini, saya hanya ambil dua tawaran persembahan kerana banyak benda yang bermain di fikiran sebelum muncul di atas pentas. Jika dia tiada, mungkin saya akan kembali menyendiri seperti dulu.Dia ada bersama ketika saya lari dari rumah dulu. Saya banyak bergantung kepada Atirah dan jika dia tiada, mungkin saya akan berhenti jadi artis.

Terdahulu, Elizabeth pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu sebelum berpisah empat bulan kemudian. Elizabeth bertindak mengakhiri hubungan itu selepas mendapat tahu teman lelakinya bermain kayu tiga.

Sumber Berita : BH ONLINE


23 responses to “Saya Cepat Bosan Sebab Itu Hubungan Cinta Tidak Kekal Lama – Elizabeth Tan”

  1. GRUMPYDRIVE says:

    Daj tua tua pun lari rumah ker.. Aiyoyo!

  2. nakjadibetinani says:

    Laki aku Pegawai Navy. Siap cakap kalau ada anak sederet pun..kalau si perempuan ni nak kat dia..dia sanggup tinggal anak bini..keluarga..dan akan bagi kemewahan kt si perempuan ni..smpai mcm tu skali..pdhal Navy je pun… bukan gaji besar pun…tapi pungpang ceite kt org awam gaji besar…gaji mahal lagi beg LV…hahahha.. hutang banyak kiri kanan…ak pun x ckup makan…tapi ada hati nak retis…..

Loading...