February 13th, 2013

Patutlah Abang Nara nampak Tiz Zaqyah semenjak dua ini begitu ceria sekali di dunia Internet. Rupa-rupanya hati Tiz sedang berbunga-bunga kembali dilamun cinta dengan rakan sekolah menengahnya yang dikenali dengan nama Daniel Haziq.

daniel haziq tiz zaqyah

Memang kacak orang yang berjaya mencuri hati Tiz Zaqyah ini (walaupun masih tidak sekacak Abang Nara). Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tiz menafikan yang dia pernah bercinta monyet dengan Daniel Haziq ketika di alam persekolahan dahulu.

Kami berjumpa semula selepas 11 tahun kenal. Hubungan kami menjadi rapat hanya beberapa bulan lalu dan buat masa ini kami masih mengenali antara satu sama lain lebih rapat. Apa boleh saya katakan, dia seorang pemalu dan baik hati. Saya selesa berkawan dengannya dan kami belum ada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

daniel haziq tiz zaqyahKepada Daniel Haziq, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu ialah Tiz Zaqyah yang memang diakui kecantikannya di seantero Malaysia. Lagi 2 keping gambar Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq dengan membaca entri ini sepenuhnya.
virgin coconut oil catalystP.S: Banyak testimonial positif yang telah diterima oleh mereka yang mengamalkan pemakanan virgin coconut oil Catalyst. Kalau anda inginkan wajah yang cantik berseri, emailkan ke [email protected] atau LIKE Facebook CantikNara untuk info lanjut.

daniel haziq tiz zaqyah
daniel haziq tiz zaqyah

January 3rd, 2013

Membaca komen salah seorang pembaca BeautifulNara yang bernama “Selitone”, barulah Abang Nara terperasan yang memang sudah agak lama diri ini tidak berkongsi perkembangan si cantik manis Tizz Zaqyah.

tiz

Sejak putus cinta dengan Remy Ishak pada tahun 2012, tiada lagi kontroversi yang melanda diri Tiz. Kali terakhir Abang Nara membaca temuramah Tiz bersama Harian Metro, khabarnya hati Tiz sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka. Siapakah jejaka itu? Tiz lebih gemar untuk merahsiakannya.

Saya masih Tiz Zaqyah yang sama. Bagi saya, soal cinta biar saya simpan sendiri dan andai orang tahu, ia bukan daripada mulut saya. Saya perasan, peminat kini mula faham prinsip saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka kerana dapat menerima pendirian saya yang lebih memperkatakan soal karier berbanding cerita peribadi.

tiz

Tak apalah buat masa ini tak tahu siapa kekasih Tiz Zaqyah. Nanti dah nak kahwin kita pasti akan tahu juga kan? Apa pun kepada Tiz, semoga tahun 2013 membawakan sinar yang lebih terang berbanding tahun 2012. 5 lagi gambar terbaru Tiz Zaqyah yang dikongsi menerusi Instagramnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

tiz
tiz
tiz
tiz
tiz

December 20th, 2010

tiz zaqyah

Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba melayang seketul email ke inbox kami yang menitipkan gosip percintaan Tiz Zaqyah dengan seorang anak ahli Parlimen. Kami dengan pantas membuka link-link yang diberikannya. Agak menyeramkan jugak membaca tulisan-tulisan yang ada di link tersebut. Siap ada cerita yang menyatakan sebenarnya Tiz sudah bertunang dengan anak ahli Parlimen tersebut.

Dan kami hampir tergelak membaca salah satu tulisan yang menyatakan Tiz Zaqyah telah terbang ke Switzerland bersama dengan anak ahli Parlimen tersebut. Katanya diorang berdua bercuti ke Switzerland untuk berbulan madu. Apabila membaca tulisan tersebut, kami percaya yang ini hanya satu khabar angin yang ingin menjatuhkan Tiz ataupun anak ahli Parlimen tersebut.

Kalau kami jadi Tiz, sudah tentu tertekan dengan gosip-gosip cinta yang wujud di sekelilingnya. Sekejap dengan Remy Ishak, sekejap dengan anak ahli Parlimen. Susah jadi orang yang cantik dan popular. Semua orang nak mengorat. Kami doakan agar Tiz tabah dan terus meningkatkan prestasi dengan lakonan-lakonan yang lebih mantap.

Bak kata salah seorang kawan kami, persetankan semua gosip-gosip murahan sebegini. Yang penting, kita happy ~~