(GOSIP)Tiz Zaqyah Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?

Hiburan

(GOSIP)Tiz Zaqyah Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?

tiz zaqyah

Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba melayang seketul email ke inbox kami yang menitipkan gosip percintaan Tiz Zaqyah dengan seorang anak ahli Parlimen. Kami dengan pantas membuka link-link yang diberikannya. Agak menyeramkan jugak membaca tulisan-tulisan yang ada di link tersebut. Siap ada cerita yang menyatakan sebenarnya Tiz sudah bertunang dengan anak ahli Parlimen tersebut.

Advertisement

Dan kami hampir tergelak membaca salah satu tulisan yang menyatakan Tiz Zaqyah telah terbang ke Switzerland bersama dengan anak ahli Parlimen tersebut. Katanya diorang berdua bercuti ke Switzerland untuk berbulan madu. Apabila membaca tulisan tersebut, kami percaya yang ini hanya satu khabar angin yang ingin menjatuhkan Tiz ataupun anak ahli Parlimen tersebut.

Kalau kami jadi Tiz, sudah tentu tertekan dengan gosip-gosip cinta yang wujud di sekelilingnya. Sekejap dengan Remy Ishak, sekejap dengan anak ahli Parlimen. Susah jadi orang yang cantik dan popular. Semua orang nak mengorat. Kami doakan agar Tiz tabah dan terus meningkatkan prestasi dengan lakonan-lakonan yang lebih mantap.

Bak kata salah seorang kawan kami, persetankan semua gosip-gosip murahan sebegini. Yang penting, kita happy ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...