June 21st, 2017

Fathia Latiff akui beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang yang sudah beliau dikenali beberapa tahun lepas sebenarnya. Namun, Fathia tidak pernah mendedahkan siapakah gerangan lelaki yang sudah berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi.

Menurut Miss K daripada portal Astro Gempak, ada rakan beliau yang melihat Fathia begitu mesra dengan seorang lelaki yang segak dan berkepala botak di sebuah kedai makan. Malah, lelaki itu dikatakan adalah invidu yang sama dimana foto beliau dimuat naik oleh Fathia di Insta Stories.

Miss K, aku nampak Fathia dengan seorang mamat ni. Segak juga orangnya, berkepala botak. Mereka nampak mesra, mungkin datang sini sebab nak bersahur kot. Aku pun nak balik dah, kalau aku masih lepak lagi boleh tengokkan untuk kau Miss K. Haaa, Miss K, cuba kau tengok Instagram Stories Fathia tu. Dia ada letak gambar mamat tu la. Dia letak gambar abang botak tu siap ada emoticon ‘smiley’ lagi. tulah orangnya! Wah, mereka nampak serasi. Itu kawan dia ke atau kekasih baru dia Miss K?

Jika benar lelaki itu adalah kekasih Fathia, kami mendoakan agar hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Ehem, dah boleh agaknya kalau Fathia ingin memperkenalkan kekasihnya itu dengan peminat, pasti mereka juga akan mendoakan kebahagiaan Fathia. Sumber Berita : Astro Gempak

bali

P.S: Selepas Hari Raya Aidilfitri kelak, apa kata rehatkan minda dan jiwa dengan pergi bercuti ke Pulau Bali, Indonesia. Banyak pemandangan, aktiviti best dan hotel-hotel yang awesome di sana. Confirm rileks 100%.  Dengan AirAsia, anda boleh terbang ke Bali dengan harga serendah RM169 untuk ekonomi(all in fare – one way) atau premium flatbed RM599(all in fare – one way). Harga special murah kaw-kaw ini hanya akan sah sehingga 25 Jun ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini di www.airasia.com. Selamat bercuti. 

June 12th, 2017

Sedang mengenali hati budi seorang  lelaki yang hanya dikenali sebagai jejaka A, pelakon jelita Fathia Latiff berharap hubungan kali ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Bukan mudah sebenarnya untuk Fathia membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali.  Untuk pengetahuan anda, Fathia dan jejaka A sudah mengenali antara satu sama lain sejak 6 tahun lepas sebelum mula rapat beberapa bulan lalu.

Sedang menunaikan ibadah umrah kini, Fathia juga mahu berdoa meminta petunjuk Allah SWT tentang hala tuju hubungannya dengan jejaka A.

Saya berharap kesungguhan yang ditunjukkan A bukan hanya pada permulaan, sebaliknya saya mengharapkan kejujuran dan keikhlasannya sampai bila-bila.

Permainan cinta ada ketika sukar untuk dimerngetikan. Saya perlu memilih dan berfikir panjang kerana saya tidak mahu bermain drama. Lagipun untuk melepaskan zaman solo dan menjalankan tanggungjawab sebagi isteri bukan perkara mudah.

Setiap wanita pasti menginginkan hubungan percintaan yang dibina untuk berakhir dengan perkahwinan. Bak kata pepatah kalau ada jodoh tidak kemana, terus berdoa yang terbaik.

Sumber Berita : BH PLUS

March 14th, 2017

Agak lama juga Fathia Latiff tidak rapat dengan mana-mana lelaki sejak beliau putus cinta dengan Aiman Hakim Ridza. Terbaru, Fathia mengakui beliau kini dalam proses untuk mengenali hati budi seseorang yang juga terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fathia lebih selesa untuk menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan masih belum untuk mendedahkan siapakah gerangan “sahabat”nya itu kepada umum.

Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.

Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta. Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan.

Buat masa ini, Fathia tidak mahu terlalu memikirkan soal percintaan dan mahu memberikan tumpuan terhadap perniagaannya.

Tidak mengapa, kenal-kenal dahulu dan siapa tahu mungkin ada jodoh bersama? Kami doakan yang terbaik buat Fathia.

Sumber Berita : Utusan Online