June 12th, 2017

Sedang mengenali hati budi seorang  lelaki yang hanya dikenali sebagai jejaka A, pelakon jelita Fathia Latiff berharap hubungan kali ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Bukan mudah sebenarnya untuk Fathia membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali.  Untuk pengetahuan anda, Fathia dan jejaka A sudah mengenali antara satu sama lain sejak 6 tahun lepas sebelum mula rapat beberapa bulan lalu.

Sedang menunaikan ibadah umrah kini, Fathia juga mahu berdoa meminta petunjuk Allah SWT tentang hala tuju hubungannya dengan jejaka A.

Saya berharap kesungguhan yang ditunjukkan A bukan hanya pada permulaan, sebaliknya saya mengharapkan kejujuran dan keikhlasannya sampai bila-bila.

Permainan cinta ada ketika sukar untuk dimerngetikan. Saya perlu memilih dan berfikir panjang kerana saya tidak mahu bermain drama. Lagipun untuk melepaskan zaman solo dan menjalankan tanggungjawab sebagi isteri bukan perkara mudah.

Setiap wanita pasti menginginkan hubungan percintaan yang dibina untuk berakhir dengan perkahwinan. Bak kata pepatah kalau ada jodoh tidak kemana, terus berdoa yang terbaik.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...