Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fathia Latiff Akui Kini Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

Agak lama juga Fathia Latiff tidak rapat dengan mana-mana lelaki sejak beliau putus cinta dengan Aiman Hakim Ridza. Terbaru, Fathia mengakui beliau kini dalam proses untuk mengenali hati budi seseorang yang juga terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fathia lebih selesa untuk menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan masih belum untuk mendedahkan siapakah gerangan “sahabat”nya itu kepada umum.

Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.

Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta. Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan.

Advertisement

Buat masa ini, Fathia tidak mahu terlalu memikirkan soal percintaan dan mahu memberikan tumpuan terhadap perniagaannya.

Tidak mengapa, kenal-kenal dahulu dan siapa tahu mungkin ada jodoh bersama? Kami doakan yang terbaik buat Fathia.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top