Written by Bella | July 16th, 2019

Kisah peribadi penyanyi Aliff Aziz sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan netizen. Berkongsi foto dirinya bersama seorang wanita cantik dan seksi, rata-rata netizen spekulasi Aliff kini sudah mula ‘move on’ dan mempunyai kekasih baharu.

Tidak mahu sebarang salah faham timbul, wanita tersebut yang dikenali sebagai Tika Sheikh tampil menjelaskan dirinya dan Aliff sebenarnya adalah sepupu. Mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang didakwa.

Terdahulu, netizen turut mengirimkan gambar berkenaan kepada Bella Astillah. Bagaimanapun, Bella memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan ataupun cemburu Aliff bergambar dengan wanita lain memandangkan mereka sudah pun bercerai membawa haluan masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 25th, 2015

Hubungan cinta Aliff Aziz dan kekasih Bella Astillah sudah diketahui ramai, sudah hampir enam bulan menyulam kasih penyanyi tersebut sudah bersedia dan merancang untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyifatkan Bella adalah gadis yang cukup baik serta memahami dirinya, Aliff merencana untuk mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya itu pada Disember tahun ini selepas selesai dengan urusan mempromosikan album terbaru beliau.

Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya.

Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini.

Berbicara tentang tarikh pernikahan pula, buat masa ini Aliff Aziz belum memikirkan perkara tersebut dan mahu kekasihnya itu tamat belajar dahulu serta menyerahkan segala perancangan kepada Allah SWT.

Bercakap mengenai perkahwinan pula, saya belum fikirkan lagi kerana saya mahu fokus kepada permulaan semula kerjaya saya dan saya juga mahu Bella tamat belajar dahulu. Perkara yang baik semestinya akan Allah bantu jika niatnya betul, Insya-Allah.

Jika niat Aliff Aziz itu betul dan baik pasti ia akan dipermudahkan. Lupakanlah kisah silam serta imej budak nakal yang dahulu dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab selepas ini. Harus bersedia daripada pelbagai aspek apabila ingin menggalas tanggungjawab sebagai suami orang.

Sumber Berita: Murai

 

Written by AbangNara | June 22nd, 2015

Bila disebut nama Aliff Aziz, pasti Abang Nara terbayang betapa banyaknya kontroversi yang pernah melanda penyanyi dari Singapura ini. Bukan itu sahaja, Abang Nara juga akan terngiang-ngiang janji-janji, kata-kata dan ayat-ayat ingin berubah daripada mulut Aliff Aziz yang sekadar menjadi omongan kasut. Jadi tidak peliklah apabila Aliff Aziz berazam untuk berubah untuk kesekian kalinya, kata-kata itu dipandang enteng oleh mereka yang mendengarnya. Mungkin ramai yang sudah muak, jelik dan bosan dengan janji-janji yang tidak pernah ditepati.

aliff aziz

Aliff Aziz sendiri mengakui yang dirinya sudah banyak kali melanggar janji. Orang kata, cakap tak serupa bikin. Namun kali ini, di kala usia sudah mencecah 24 tahun, Aliff Aziz melahirkan kesungguhannya untuk berubah. Kata Aliff:-

Sedar juga, sudah banyak kali saya langgar janji sendiri. Cuma, kali ini, usia sudah masuk 24 tahun, semakin dewasa dan saya tahu apa yang dipercakapkan. Kali ini saya cukup serius untuk berubah. Perubahan ini datang secara dalaman, bukan hanya di bibir sahaja. Saya tidak punya alasan lagi untuk tidak berubah.

Orang akan cakap kenyataan saya klise, tetapi dalam hidup memang semua orang buat banyak silap. Saya sangat sedar yang saya perlu terus menghargai insan-insan kesayangan dalam hidup ini. Saya perlu jaga hati mereka yang selama ini saya kecewakan. Tidak boleh kembali kepada kehidupan masa lalu kerana saya bukan lagi Aliff yang berusia 16 tahun, macam masa mula-mula menyanyi dahulu.

Biasalah, bila kita nak berubah ke fasa yang lebih baik, orang akan curiga, orang akan kritik. Pada saya okey sahaja, sebab itu hak mereka juga. Untuk diri saya, bila kita betul-betul ikhlas, lambat laun, orang akan nampak juga.

aliff aiz

Di bulan baik ini, diharap Aliff Aziz berpegang pada janjinya untuk berubah dan tidak lagi hadir dengan kontroversi. Cukup-cukuplah kontroversi yang terlalu banyak sebelum ini. Abang Nara yakin ramai yang sudah muak dan bosan dengan kisah-kisah sensasi Aliff Aziz. Fokus betul-betul pada karier nyanyian dan lakonan anda. Jangan sampai sebulan dua nanti, tiba-tiba ada kontroversi pulak. Lepas itu sekali lagi berjanji nak berubah dan benda yang sama berulang kembali. Akhir sekali peminat pun malas nak layan dan buat tak tahu dengan kehadiran anda. Tak gitu? Sumber Utusan Malaysia.

P.S: Mata hampir buta kena jangkitan parasit dari kanta lekap

Written by AbangNara | May 13th, 2015

Amboi, amboi, amboi. Patah tumbuh hilang berganti. Setelah gagal dalam percintaan beberapa kali, akhirnya Aliff Aziz telah menemui cinta hati yang baru. Gadis bertuah tersebut ialah Bella Astillah, yang merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah. Memang ‘sweet’ dan romantik sangat gambar-gambar mereka berdua yang telah dimuatnaik oleh Aliff Aziz. Paling terharu ialah gelaran ‘Bae” yang digunakan oleh Aliff Aziz untuk memanggil kekasihnya.

aliff aziz dan bella astilla

Daripada pandangan mata Aliff Aziz kepada Bella Astillah pun Abang Nara dah tahu betapa mendalamnya cinta mereka berdua. Ia dibuktikan lagi dengan ayat-ayat jiwang tahap gaban yang diluahkan oleh Aliff Aziz. Memang cair kalau membacanya. Sweet tahap caramel machiiato.

Mata yang membuat aku jatuh hari demi hari. Rahmat Tuhan datang dalam berbagai cara dan walau macam mana kita cuba fahami cara Allah memberi rahmatnya takkan terjumpa jawapannya.

Saya amat berterima kasih dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Saat waktu hidup terasa amat menyedihkan, awak datang membawa semangat dan perasaan sayang kembali dalam hidup saya.

Hanya Allah dapat membalas jasa awak. Saya sayang awak. #katakatahatibuatdia

aliff aziz dan bella astilla

Kalau korang tak cair membaca kata-kata Aliff Aziz di atas tue, tak tahulah Abang Nara nak kata apa. Abang Nara yang lelaki nie pun mencair bak aiskrim di tengah panas. Semoga kali ini cinta Aliff Aziz dan Bella Astillah akan berakhir dengan pengakhiran yang sempurna. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar pasangan romantis ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.