February 27th, 2014

Berita baik untuk kaum Hawa di luar sana yang meminati Aliff Aziz. Memberi komen mengenai gambarnya dengan seorang wanita baru-baru ini, Aliff Aziz memaklumkan yang wanita tersebut hanyalah kawan dan belum sampai ke tahap yang lebih serius. Ini bermakna Aliff Aziz masih single mingle, bujang trang tang dan boleh dingorat sekiranya anda berminat.

aliff aziz dan kekaish

Untuk makluman, wanita di sisi Aliff Aziz ini bernama Shazleen dan gambar tersebut telah diambil oleh ibu Shazleen. Terang Aliff Aziz kepada portal Murai:-

Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama.

Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.

Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya

aliff aziz

Aliff Aziz juga menekankan yang dirinya masih single dan kini sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyiannya:-

Saya masih single dan sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyian kerana pada pertengan tahun ini saya akan muncul dengan album solo penuh. Saya akui memang rapat dengan Shazleen, tetapi hubungan kami sekadar kawan dan belum ke tahap yang lebih serius

Kalau Aliff Aziz dan Shazleen bercinta pun rasanya pasti direstui oleh para peminat. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak apalah Aliff. Cuba berkawan terlebih dahulu. Mana tahu lama kelamaan akan timbul kesesuaian. Ketika itu bolehlah cuba untuk membawa perhubungan anda berdua ke tahap yang lebih jauh. Sama-samalah kita doakan.

Advertisement
February 24th, 2014

Walaupun sering gagal dalam percintaan, Aliff Aziz nampak gayanya tidak pernah putus asa untuk mencari si dia yang bakal disunting menjadi isteri. Selepas putus dengan selebriti seperti Anne Ngasri dan Adira, terbaru Abang Nara menerima beberapa gambar Aliff Aziz di samping seorang wanita yang tidak kurang cantiknya. Kemesraan mereka menampakkan seolah-olah hubungan yang terjalin adalah lebih daripada sekadar kawan.

aliff aziz dan kekasih

Putih melepak bukan wanita di atas? Untunglah Aliff Aziz sekiranya benar si cantik jelita ini benar-benar kekasihnya. Namun mungkin jua hubungan mereka tidak lebih daripada peminat atau kawan biasa. Daripada informasi yang diberikan, wanita ini dikatakan pernah berkahwin satu ketika dahulu dan telah pun mempunyai seorang anak.
aliff aziz dan kekasihKalau benar Aliff Aziz bercinta dengan wanita ini, tahniah diucapkan. Memang sama cantik dan sama padan. Kalau masih dalam fasa mengenali, teruskan berkenalan dan mana tahu memang yang ini adalah “the one” buat Aliff. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 10 perkara tentang WhatsApp yang anda perlu tahu

aliff aziz dan kekasih

aliff aziz dan kekasih
aliff aziz dan kekasih

Advertisement