July 22nd, 2013

Minggu lepas dan minggu ini pastinya topik paling hangat di dalam dunia hiburan Malaysia ialah perkahwinan Ashraf Muslim. Suami kepada Dayana ini telah melangsungkan perkahwinan keduannya dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.
gambar kahwin ashraf muslimNamun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-

Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.

wan sakinah

Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-

Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.

Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.

ashraf muslim

Apabila ditanya soalan “Sebelum ini, Ashraf buat permohonan poligami untuk bernikah seorang lagi di dalam negara. Jadi kenapa pula bernikah di Thailand?“, Ashraf Muslim menjawab:-

Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).

Panjang lebar penjelasan daripada Ashraf Muslim kan? Kalau nak baca yang lebih panjang, sila dapatkan naskhah BiPop semalam. Daripada gaya penjelasan Ashraf, nampak seperti dia dan Wan Sakinah telah pun merancang perkahwinan ini dalam waktu yang panjang. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan anda berdua. Semoga berbahagia.

P.S: Gambar Honda Fit/Jazz 2014 yang rasmi. Nampak menarik!!!

July 17th, 2013

Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

isteri kedua ashraf muslim wan sakinah

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

ashraf muslim kahwin lagi

Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati. Pesanan Abang Nara kepada Ashraf Muslim, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. Sumber KOSMO.
vanity mask
P/S : Salam Ramadhan. Vanitymask mengadakan jualan penghabisan stok sempena Ramadhan 2013. Hampir kesemua blouse boleh didapati dengan harga RM39. Lawati www.vanitymask.com sekarang untuk melihat apa yang mereka tawarkan sehingga 3 Ogos 2013.

May 9th, 2013

Buat anda yang tidak tahu, Sherry Ibrahim pernah menjadi kekasih Ashraf Muslim. Namun begitu hubungan mereka telah terputus kira-kira 4 tahun yang lalu. Apabila diminta memberikan komen mengenai isu Ashraf Muslim yang sedang hangat sekarang ini, Sherry enggan dikaitkan lagi kerana antara mereka sudah tiada apa-apa kaitan.

sherry ibrahim

Kata Sherry Ibrahim kepada Mstar Online:-

Jujurnya, saya tidak membaca gosip-gosip di media dan saya tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu. Apabila pihak media meminta saya komen tentang isu Ashraf mahu kahwin dua, saya tak boleh nak komen sebab ia tiada kaitan dengan diri saya. Lagipun itu hal adalah urusan rumah tangga dia yang saya rasa ia tidak elok untuk saya memberi sebarang pandangan

sherry ibrahim

Ini baru betul tak berikan sebarang komen. Tak macam si Sakinah yang kata taknak komen tapi cerita panjang lebar. Bagus betul si Sherry ini. Sayangnya kalau anda nak mengorat dia, lupakanlah sahaja hasrat itu. Sherry sudah ada kekasih baru yang merupakan seorang jejaka Mauritius.

Saya sudah ada kekasih dan kami telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. Bagaimanapun saya tak boleh nak ceritakan siapa dia. Cukuplah yang orang tahu saya sudah berpunya. Apa yang saya boleh katakan, dia juga bekerja di dalam bidang yang sama cuma bukan sebagai pramugara. Dia sebaya saya iaitu 30 tahun.

Jejaka Mauritius pun jejaka Mauritius lah. Kalau dah memang jodohnya dengan orang luar, apa salahnya kan? Yang penting bahagia. Kepada Sherry, semoga percintaan anda akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

May 8th, 2013

Wow. Memang menarik sungguh artikel yang Abang Nara baca di Harian Metro hari ini. Kalau semalam Ashraf Muslim enggan bercerita mengenai sebab musabab dirinya ke mahkamah syariah, hari ini seorang wanita telah tampil menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi.

kekasih ashraf muslim

Wanita yang mahu dikenali dengan nama Sakinah itu berkata yang dia sudah pun bertemu dengan Dayana sebelum ini. Kata Sakinah:-

Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.

sakinahSakinah yang berusia 28 tahun menyerahkan segala keputusan kepada Ashraf Muslim sama ada mahu memperisterikannya atau tidak. Kata Sakinah lagi:-

Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.

Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf.

Difahamkan, mereka berdua saling mengenali pada sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor telefon. Ketika itu Ashraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu perubatan Islam dan masih bujang. Kepada Dayana, tabahlah atas dugaan ini. Semoga keputusan yang bakal diambil oleh suami anda adalah yang terbaik buat semua.
promoP.S: Jangan lepaskan peluang terbaik untuk mendapatkan harga promosi daripada Ryaniez Moments Photography. Mereka merupakan jurugambar rasmi perkahwinan Linda Hashim dan Beego. Sebelum ini, khidmat mereka juga turut digunakan oleh Fasha Sandha dan Jejai. Pasti anda berpuas hati dengan mutu kerja mereka. More info layari Facebook Ryaniez Moments.