February 19th, 2018

Kehidupan Datin Paduka Eina Azman dan anak kembarnya, Karl Kareef serta Arianna Aubrey sering  menjadi tarikan ramai di media sosial. Mana tidaknya, kalau sesiapa yang mengikuti Instagram beliau, pasti mengetahui gaya kehidupan Eina yang agak mewah.

Terbaru, Eina telah menyambut hari jadi Karl dan Aubrey yang kedua dengan meriah di Pulau Pinang. Khabarnya, mereka sekeluarga dan beberapa rakan turut menikmati percutian di pulau tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau juga membuatkan netizen tergamam apabila menghadiahkan jam tangan jenama mewah, Rolex yang mencecah harga berbelas ribu ringgit setiap satu untuk kedua-dua anaknya itu. Menerusi Insta Stories Eina, beliau turut berkongsi foto serta harga dua buah jam tangan tersebut.

Bertuah betul anak-anak Eina kerana daripada kecil sudah dimanjakan dengan barangan mewah. Apa salahnya bukan kalau dah mampu?

February 20th, 2017

Sekarang masa berlalu dengan pantas, dalam diam, anak kembar Datin Paduka Eina Azman yang lahir pada 19 Februari tahun lalu, iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef sudah genap berusia satu tahun.

Semalam, Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah meraikan hari jadi anak mereka dengan tema Hawaiian di Grand Ballroom The Westin Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh saudara mara, rakan rapat dan beberapa rakan selebriti.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto ketika majlis hari jadi Aubrey dan Karl dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : teddyfilm.co

May 31st, 2016

Baru-baru pelakon Eina Azman bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan anak kembar mereka Arianna Aubrey dan Karl Kareef telah menikmati percutian ke destinasi popular iaitu Bandung, Indonesia. Malah, percutian tersebut turut disertai oleh keluarga Eina.

Eina Sempat memuat naik beberapa foto sekitar percutian mereka sekeluarga di Bandung menerusi akaun Instagram.

Rata-rata peminat yang melihat foto berkenaan cukup teruja melihat kecomelan anak kembar Eina yang semakin membesar.

Untuk pengetahuan anda, Arianna dan Karl kini sudah berusia lebih daripada 3 bulan.

Jom kita layan beberapa lagi foto Eina bersama anak kembarnya ketika bercuti di Bandung dengan membaca entri ini sepenuhnya.

March 17th, 2016

Kehadiran bayi kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef, menyerikan lagi rumah tangga Datin Paduka Eina Azman dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet.

Setiap telatah mereka yang dimuat naik oleh Eina di akaun Instagram beliau pasti akan mecuri hati pengikutnya dengan kecomelan kembar tersebut.

Baru-baru ini, Eina bersama suami dan anak-anaknya telah menjalani satu sesi newborn photoshoot bersama krew The Photolicious.

Jom layan video  serta beberapa foto disebalik sesi fotografi  Arianna Aubrey dan Karl Kareef dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Instagram Eina Azman