September 25th, 2020

Rasanya semua sedia tahu yang pasangan pelakon yang sering digandingkan bersama, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sering saja menunjukkan keakraban mesra seolah-olah sedang bercinta.

Namun, pasangan yang masih bujang ini kedua-duanya menafikan bahawa terdapat perhubungan mesra terjalin antara mereka. Sehinggakan ada peminat di luar sana yang mencuba untuk men’jodoh’kan mereka berdua kerana ‘chemistry’ antara mereka yang cukup erat dan menyakinkan.

View this post on Instagram

Classic traditional dinner with cik bubu ? @uqashasenrose2

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Pasangan yang namanya meningkat naik selepas membintangi drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad, kini mereka digandingkan sekali lagi menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa.

Sering saja menunjukkan keakraban, nampaknya peminat benar-benar meminta Uqasha dan Kamal Adli untuk betul-betul bernikah.

View this post on Instagram

sudah sudah.. kerja nak membeli jeee dia ni.. ? tapi rasa nya lebih kepada membeli ke membawang org perempuan ni? ? @luqmanhere2 #perempuantanpadosa

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Baru-baru ini, menerusi ruangan Instagram, Kamal ada memuat naik sebuah foto lama yang memaparkan dia memegang tangan Uqasha daripada terus membeli kuih di sebuah gerai.

Meninjau ruangan komen, dilihat Uqasha turut meninggalkan komen dan Kamal menjawab kembali dengan nada yang kelakar.

Peminat yang melihatkan perkara tersebut tampil memberi pelbagai reaksi yang rata-ratanya  mendoakan agar mereka ada jodoh antara satu sama lain.

Mengimbas kembali, Kamal Adli sebelum ini pernah digosipkan dengan ramai pelaon wanita namun putus di tengah jalan. Diharap semoga ada jodoh pula dengan Uqasha Senrose. Sama-sama kita doakan.

October 18th, 2019

Pernah gagal dalam percintaan bersama Intan Ladyana sebelum ini selepas enam tahun bercinta dan hubungannya dengan Emma Maembong juga terkandas, pelakon Kamal Adli mengakui dia banyak melakukan kesilapan sehingga beberapa percintaannya berakhir.

kamal adli

Menurut Kamal, hubungan cinta yang panjang membuatkan dia merasa selesa sehingga tidak pernah meletakkan matlamat untuk kahwin selain dirinya yang suka mengambil mudah terhadap pasangan.

Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira-kira 12 tahun dalam hubungan percintaan. Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin.

kamal adlikamal adli

Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memendam perasaan.

Kamal berkata dia tidak serik untuk bercinta lagi, hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima cinta baharu dan mencari pasangan yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

kamal adli

Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan sahaja, tengoklah macam mana.

Bukan mudah sebenarnya untuk memulakan hubungan cinta baharu. Jangan terburu-buru memilih pasangan agar tidak menyesal di kemudian hari. Kami doakan agar satu hari nanti Kamal akan dipertemukan dengan wanita yang sesuai dengannya.

Sumber Berita : mStar Online

September 12th, 2019

Pernah gagal dalam percintaan bersama Intan Ladyana sebelum ini selepas lapan tahun bercinta dan hubungannya dengan Emma Maembong juga terkandas, ada netizen yang beranggapan pelakon Kamal Adli tidak serius dalam hubungan cinta.

kamal adli

Menurut Kamal, sekali pun dia tidak pernah berniat untuk mempermainkan hati mana-mana wanita dan sememangnya serius setiap kali menjalinkan hubungan.

Saya tidak pernah merasa solo. Saya seseorang yang sentiasa mahu mempunyai pasangan. Setiap kali berpisah saya berani untuk mencuba menjalinkan hubungan baharu. Malangnya pada ketika itu saya tidak matang.

kamal adli serius bercinta

Saya meletakkan cinta sebagai prioriti sehingga melupakan impak hubungan tersebut terhadap kerjaya. Bagi saya, cinta adalah segala-galanya. Itu khilaf saya.

Kamal juga menafikan dirinya serik untuk bercinta lagi, hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima cinta baharu. Namun, dia tidak terburu-buru dalam soal itu.

Banyak hal sebenarnya yang harus dipertimbangkan untuk memulakan hubungan cinta baharu. Jangan terburu-buru memilih pasangan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber Berita : Kosmo Online

August 9th, 2019

Hari ini episod terakhir drama Utusan Cinta Buat Adam bakal ditayangkan. Diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, drama ini menampilkan Kamal Adli, Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah sebagai tunjang utamanya. Ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin – Jumaat pada jam 7 malam di TV3, lakonan Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah di dalam drama ini berjaya membuatkan netizen terbuai-buai dengan emosi geram, marah, sedih serta gembira.

utusan untuk adam

Ha mari kita baca sedikit sinopsis drama Utusan Cinta Buat Adam ini yang mempunyai 28 episod:-

Mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aishah), seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan (Kartina Aziz) yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana (Sharifah Sakinah) tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

utusan untuk adam

Untuk makluman, setiap kali drama ini ditayangkan, ia pasti akan menjadi trending di media sosial. Ternyata netizen menggemari drama ini kerana ia lain dari yang lain. Ini kerana drama ini mempamerkan kisah kehidupan yang berlaku di dalam hidup orang Melayu, bukan sekadar kisah kahwin cerai, anak orang kaya suka perempuan miskin, pembantu rumah jadi kekasih atau bapak bos syarikat 350,000 pekerja. Senang cakap, drama ini memang dekat dengan hati para penontonnya dan banyak pengajaran yang boleh kita belajar.

utusan untuk adam

utusan untuk adam
utusan untuk adam
utusan untuk adam

Paling mengujakan, lakonan Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah sebagai Liyana Lundang memang benar-benar menjadi. Kita akan terasa kagum dengan kecekalan Puteri Aishah menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Sementara itu kejahatan Liyana Lundang memang buat kita geram, rasa nak lempang dan insaf. Pelakon-pelakon lain pun tak kurang hebatnya tetapi nama Sharifah Sakinah dan Puteri Aishah confirm bertambah dikenali dan diingati selepas persembahan hebat mereka di dalam drama ini.

utusan untuk adam

Jadi hari ini, jangan tertinggal untuk menyaksikan episod akhir drama Utusan Cinta Buat Adam. Dengar cerita ada watak yang akan mati? Siapa? Sama-sama kita nantikan.