Uqasha & Kamal Enggan Ikut Orang Barat Buat ‘Gender Reveal’ Umum Jantina Anak – “Buat Majlis Doa Selamat, Cara Tradisional Kita”

Hiburan

Uqasha & Kamal Enggan Ikut Orang Barat Buat ‘Gender Reveal’ Umum Jantina Anak – “Buat Majlis Doa Selamat, Cara Tradisional Kita”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose dan suami yang kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka akui memilih untuk merahsiakan jantina bayi itu buat masa sekarang.

Ia kerana peristiwa keguguran dahulu membuatkan mereka kini lebih berhati-hati dan bersepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina anak itu lagi.

Advertisement

uqa
4 months ago

"Saya Kongsi Sebab Tak Nak Orang Tanya Lagi.." - Sibuk Ingin Tahu Hal Peribadi, Uqasha Senrose Hairan Dengan Sikap Netizen

 

Taknak buat gender reveal

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen jiga berkata mereka turut memilih untuk tidak mengikut budaya barat dengan mengadakan ‘gender reveal’ bagi mengumumkan jantina bayi tersebut kelak.

Sebaliknya aktres berusia 32 tahun itu dan Kamal Adli hanya mengimpikan dan berniat untuk membuat majlis mengikut adat dan budaya orang Melayu sahaja.

Kami akan umumkan jantina bayi dalam sebuah majlis doa selamat nanti. Tidaklah buat majlis ‘gender reveal’ seperti orang Barat sebaliknya lebih kepada tradisional kita.

uqasha

 

Belum beli barang-barang

Tambah Uqasha lagi, setakat ini mereka berdua belum membuat sebarang persiapan bagi menyambut kelahiran bayi kerana masih belum tahu jantina anak yang dikandungkan.

Belum beli barang-barang bayi lagi, saya tidak tahu hendak mula dari mana. Tunggulah selepas majlis doa selamat dan selepas tahu jantina bayi barulah saya buat persiapan.

Dalam ada itu, kata Uqasha sepanjang kehamilan ini dia terpaksa berdikari kerana Kamal banyak terlibat dengan penggambaran di luar daerah.

Sejak saya hamil saya lihat Kamal memang bekerja lebih keras, dia mahu memastikan keperluan saya dan anak cukup. Tetapi setiap hari dia akan hubungi saya untuk pantau keadaan saya dan anak dalam kandungan.

uqasha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...