February 7th, 2019

Sebaik sahaja pelakon Emma Maembong mengumumkan beliau sudah membuka hijab, netizen tidak sabar dan menantikan respon daripada bekas kekasihnya, Kamal Adli.

Dalam satu kenyataan Kamal berkata apa yang berlaku kepada Emma adalah satu ujian buatnya dan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu memandangkan mereka sudah lama berpisah.

Di akaun Instagram Kamal, rata-rata netizen mendoakan agar beliau segera ‘move on’ dan jangan lagi terkenangkan kisah percintaan terdahulu dengan Emma.

Mereka harap satu hari nanti aktor itu akan dipertemukan dengan seorang wanita yang lebih baik.

January 30th, 2019

Mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Emma Maembong, ramai yang meminta pengarah Michael Ang memberikan komennya berhubung kontroversi pelakon wanita itu membuka tudung.

Sebelum ini, Michael pernah mengulas isu seorang bekas finalis Dewi Remaja yang ‘on off’ dan kini ramai yang mahu mendengar kata pengarah popular ini mengenai Emma pula.

Michael menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya mengakui ada menghubungi Emma tetapi enggan mendedahkan apakah perbualan mereka. Kata Michael, apa yang penting Emma sudah mengakui kesilapannya dan tidak menyalahkan sesiapa.

Tidak dinafikan apa yang dilakukan Emma itu agak mengejutkan tetapi beliau berani tampil memohon maaf dan mengakui perbuatannya itu. Tidak berselindung ataupun menutup ruangan komen di Instagram meskipun menerima kecaman.

Sumber Berita : Astro Gempak

January 29th, 2019

Nama pelakon Emma Maembong kini cukup hangat diperkatakan selepas beberapa foto beliau membuka tudung dan berpakaian seksi tersebar di media sosial.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, bekas kekasih Emma iaitu Kamal Adli tampil memberikan kata-kata semangat. Kamal berharap Emma tabah menghadapi segala ujian dan dugaan.

Sikap prihatan Kamal terhadap Emma mendapat pujian daripada netizen. Meskipun mereka sudah berpisah, pelakon lelaki itu tetap positif. Ada juga yang mendoakan Kamal dipertemukan jodoh yang lebih baik daripada Emma.

Terdahulu, Emma membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tidak bertudung. Belum lagi reda dengan isu tersebut, tersebar lagi beberapa foto Emma berpakaian ketat dan seksi sambil dipeluk seorang jejaka yang kini dikaitkan sedang bercinta dengannya.

Sumber Berita : Astro Gempak

November 16th, 2018

Sebelum ini, percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong antara yang menjadi tumpuan hangat media dan peminat sehingga timbul khabar angin mereka bakal berkahwin. Namun, disebabkan satu kontroversi dan salah faham hubungan mereka berdua dikatakan renggang.

Walaubagaimanapun, ramai yang tahu Kamal berusaha sedaya upaya untuk memulihkan hubungan mereka dan menawan kembali hati Emma. Untuk satu tempoh, mereka kelihatan cukup mesra, tetapi sekarang, kedua-duanya jarang kelihatan meluangkan masa bersama lagi.

Terbaru, Kamal mengakui dirinya kini sudah solo dan menjelaskan beliau dan Emma hanya sekadar kawan sahaja.

Saya kini sedang single. Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.

Kamal memberitahu beliau mahu menyemak semula segala kesilapan dan kekurangan diri menerusi perhubungan terdahulu sebelum bersedia untuk kembali ke alam percintaan semula.

Sumber Berita : Astro Gempak