June 12th, 2011

Malam ini merupakan malam penentuan untuk menentukan siapakah yang bakal bergelar juara/johan AF9. Untuk anda yang masih tak tahu, Akademi Fantasia 9 (AF9) merupakan AF yang terakhir. Selepas ini AF sudah tiada lagi. Mengikut pendapat ramai, Hazama dikatakan menjadi favourite untuk bergelar juara AF9. Sama-sama kita nantikan sama ada ramalam tersebut akan menjadi kenyataan.

Boleh follow live update keputusan secaran langsung daripada Abang Nara di Twitter BeautifulNara atau pun Facebook BeautifulNara.

Advertisement
Advertisement
June 5th, 2011

Sumpah kesian tengok Erul sudah seolah-olah sujud syukur meraikan kejayaannya ke konsert final AF9. Sayangnya antara 2 nama yang disebut, hanya Hazama sahaja yang layak dan Erul gagal melayakkan dirinya ke konsert final. Nampaknya 4 pelajar akan bertarung di final iaitu Azri, Lena, Hazama dan Fina.

Dan baru sebentar tadi Abang Nara terbaca kemungkinan wujud unsur mistik di dalam AF9. Menurut Joe Lee, banyak tanda-tanda kewujudan unsur sihir sepanjang AF9 ini berlangsung. Kata Joe Lee:

Advertisement

Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan. Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain. Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.

Memang bunyinya agak tidak masuk akal, tetapi kemungkinan besar unsur mistik memang benar-benar wujud di dalam AF9. Tak logik pulak kalau semua orang boleh sakit dalam satu masa yang sama kan? Abang Nara tak berani nak tunding jari kepada sesiapa, tetapi berharap agar pihak penyelia AF9 boleh memberikan pendinding kepada pelajar-pelajar AF9 untuk mengelakkan perkara tak elok sebelum konsert final AF9.

Apa pun tahniah kepada Hazama, Fina, Azri dan Lena yang berjaya melangkah ke final. Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara AF9 yang merupakan Akademi Fantasia terakhir.

Advertisement
March 29th, 2011

12 pelajar af9

Akhirnya semalam bertempat di AEON2 Setiawangsa, 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dan tenaga-tenaga pengajar telah pun diumumkan. Sekali pandang, kesemua pelajar nampak ada pakejnya yang tersendiri. Kita tunggu konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung 2 April ini jam 9 malam di Astro Ria 104 untuk tengok suara mereka pulak.

12 pelajar af9

Advertisement

Untuk makluman, pengetua AF9 hanya akan diumumkan semasa konsert tirai AF9. Dengar-dengar ceritanya Amy Search bakal dinobatkan sebagai pengetua AF9. Benar atau tidak, korang kena tercongok depan TV hari Sabtu ini. Untuk tenaga pengajar pulak, Syafizawati dan Ning Baizura dilantik sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.

Menariknya AF9 kali ini ialah sesi pembelajaran akan diadakan di dalam akuarium besar bertempat di AEON Setiawangsa. Jadi kalau sesiapa yang kebosanan tak tahu nak buat apa, boleh pergi ushar apa pelajar-pelajar AF9 nie buat kat sana.  Lagi gambar 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Lawati laman web rasmi Akademi Fantasia atau follow Twitter Akademi Fantasia untuk update terkini.

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement
January 17th, 2011

ahmad dhani

Rasanya semua orang tahu yang ada ura-ura Ahmad Dhani, ketua kumpulan Dewa 19 bakal dilantik menjadi pengetua AF9. Terkejut beruk mak nyeh kami mendengarnya. Kenapa sampai nak ambil orang luar untuk menjayakan program tempatan? Apakah dah tak ada artis tempatan yang mampu untuk menjadi pengetua AF9? Ini karut nie!!!

Sudahlah selama ini pun kita dipenuhkan dengan drama-drama karut dari Indonesia. Takkan AF9 kali ini kita terpaksa nak kena dengar slang Indonesia daripada Ahmad Dhani? Kami tak nafikan kehebatan dan kekaliberan Ahmad Dhani, tapi kalau nak lantik dia jadi pengetua, baik buat Akademi Fantasia Indonesia je. Tak gitu?

Advertisement

Kami 100% membantah perlantikan pengetua AF9 dari negara luar. Tak kiralah Ahmad Dhani ke, Mariah Carey ke, Justin Timberlake ke. Kami sokong barangan tempatan. Bagilah peluang kat selebriti tempatan. Ramai lagi rasanya yang masih layak memegang kerusi pengetua AF9.

Sila undi di bawah untuk kami tahu pendapat anda:-


Dan kalau sudi, silalah buat cadangan artis Malaysia mana yang layak menjadi pengetua AF9.

Advertisement