Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dilantik Dari Negara Luar

Hiburan

Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dilantik Dari Negara Luar

ahmad dhani

Rasanya semua orang tahu yang ada ura-ura Ahmad Dhani, ketua kumpulan Dewa 19 bakal dilantik menjadi pengetua AF9. Terkejut beruk mak nyeh kami mendengarnya. Kenapa sampai nak ambil orang luar untuk menjayakan program tempatan? Apakah dah tak ada artis tempatan yang mampu untuk menjadi pengetua AF9? Ini karut nie!!!

Advertisement

Sudahlah selama ini pun kita dipenuhkan dengan drama-drama karut dari Indonesia. Takkan AF9 kali ini kita terpaksa nak kena dengar slang Indonesia daripada Ahmad Dhani? Kami tak nafikan kehebatan dan kekaliberan Ahmad Dhani, tapi kalau nak lantik dia jadi pengetua, baik buat Akademi Fantasia Indonesia je. Tak gitu?

Kami 100% membantah perlantikan pengetua AF9 dari negara luar. Tak kiralah Ahmad Dhani ke, Mariah Carey ke, Justin Timberlake ke. Kami sokong barangan tempatan. Bagilah peluang kat selebriti tempatan. Ramai lagi rasanya yang masih layak memegang kerusi pengetua AF9.

Sila undi di bawah untuk kami tahu pendapat anda:-


Dan kalau sudi, silalah buat cadangan artis Malaysia mana yang layak menjadi pengetua AF9.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...