AF9: Erul Tersingkir, Ada Unsur Mistik Dalam AF9?

Hiburan

AF9: Erul Tersingkir, Ada Unsur Mistik Dalam AF9?

Sumpah kesian tengok Erul sudah seolah-olah sujud syukur meraikan kejayaannya ke konsert final AF9. Sayangnya antara 2 nama yang disebut, hanya Hazama sahaja yang layak dan Erul gagal melayakkan dirinya ke konsert final. Nampaknya 4 pelajar akan bertarung di final iaitu Azri, Lena, Hazama dan Fina.

Advertisement

Dan baru sebentar tadi Abang Nara terbaca kemungkinan wujud unsur mistik di dalam AF9. Menurut Joe Lee, banyak tanda-tanda kewujudan unsur sihir sepanjang AF9 ini berlangsung. Kata Joe Lee:

Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan. Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain. Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.

Memang bunyinya agak tidak masuk akal, tetapi kemungkinan besar unsur mistik memang benar-benar wujud di dalam AF9. Tak logik pulak kalau semua orang boleh sakit dalam satu masa yang sama kan? Abang Nara tak berani nak tunding jari kepada sesiapa, tetapi berharap agar pihak penyelia AF9 boleh memberikan pendinding kepada pelajar-pelajar AF9 untuk mengelakkan perkara tak elok sebelum konsert final AF9.

Apa pun tahniah kepada Hazama, Fina, Azri dan Lena yang berjaya melangkah ke final. Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara AF9 yang merupakan Akademi Fantasia terakhir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...