Written by AbangNara | January 24th, 2017

Berita gembira untuk semua peminat Running Man. Setelah pengumuman penamatan program realiti ini baru-baru ini, ramai yang kecewa dan sedih. Para peminat kipas susah mati Running Man rata-rata melahirkan rasa sugul kerana tidak dapat melihat kelibat Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk selepas program ini bersiaran selama 7 tahun.

running man

Namun hari ini, pihak SBS dan penerbit program Running Man telah mengumumkan penarikan kembali pembatalan Running Man. Ini bermakna Running Man akan terus bersiaran bersama-sama dengan 6 ahli tetap iaitu Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk. Keputusan ini telah dilakukan selepas sesi perbincangan “heart to heart” di antara penerbit dan juga ahli Running Man di mana pihak penerbit telah pun memohon maaf atas kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini iaitu menyingkirkan Jong Kook dan Ji Hyo tanpa pengetahuan kedua-dua ahli tersebut.

running man is back

Sudah tentu ini satu berita gembira yang dinanti-nantikan oleh peminat Running Man. Abang Nara pun turut sama bergembira kerana akan dapat terus melihat aksi lucu mereka. Semoga Running Man akan terus bertahan selama yang boleh. Go Running Man Go.

Written by Bella | December 16th, 2016

Siapa yang tidak tahu dengan rancangan popular Korea, Running Man? Kami rasa hampir 90 peratus rakyat Malaysia meminati program berkenaan. Namun, sejak kebelakangan ini pelbagai kontroversi tentang rancangan berkenaan membangkitkan kemarahan penonton.

Selepas isu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ditendang daripada Running Man,  Satu perbincangan telah diadakan antara pihak produksi dan beberapa bintang Running Man yang masih kekal.

Perbincangan itu membawa kepada satu berita sedih buat peminat Running Man kerana khabarnya rancangan itu bakal berakhir selepas tujuh tahun bersiaran.

Berikut kenyataan rasmi SBS :-

Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications. After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017. However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun didalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.

Agak sedih juga apabila rancangan yang agak best seperti Running Man akan berakhir. Tentu banyak memori indah dan gelagat mereka yang menyentuh hati peminat. Apa-apa pun, kami respek dengan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook kerana tetap ingin menjayakan episod akhir Running Man meskipun ditendang keluar daripada rancangan tersebut.

Sumber Berita : Koreaboo

 

Written by AbangNara | December 15th, 2016

Semalam, berita pemergian Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dari Running Man telah cukup mengejutkan seluruh peminat program realiti ini. Mana tidaknya, kedua-dua selebriti ini cukup sinonim dan mempunyai jutaan peminat mereka. Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu perkara ini. Tambah mengejutkan apabila agensi Ji Hyo dan Jong Kook memaklumkan bahawa keputusan mengeluarkan mereka telah diambil oleh pihak produser tanpa sebarang perbincangan. Dalam erti kata lain, mereka berdua telah ditendang keluar dari Running Man.

ji hyo jong kook running man

Lebih menyedihkan, Song Ji Hyo hanya mengetahui tentang berita ini selepas ia menjadi tajuk utama beberapa laman web Kpop. Berikut adalah komen dari agensi Song Ji Hyo dan Jong Kook.

Ji Hyo: We knew ‘Running Man’ would undergo format changes from SBS, but it’s true we found out from news reports which members would not return. We won’t comment on Song Ji Hyo’s feelings on the matter. (Kami tahu yang Running Man akan menukar format dari SBS, tetapi ia adalah benar yang kami mengetahui tentang ahli yang tidak akan kembali menerusi berita. Kami tidak akan komen tentang perasaan Ji Hyo)

Jong Kook: It’s true he was told he was leaving with no decision about the matter. It’s disappointing. He featured in the show despite his health issues because he cared about it so much.(Ia adalah benar yang Jong Kook diberitahu dikeluarkan dari Running Man tanpa mempunyai sebarang keputusan di dalam hal ini. Ia mengecewakan. Jong Kook tampil di program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan kerana dia mengambil berat akan program ini.)

running man

Rata-rata para peminat Running Man melahirkan rasa marah, kecewa dan sedih terhadap pihak produksi Running Man yang membuat keputusan ini. Mereka dilihat tidak menghormati dan menghargai jasa Ji Hyo dan Jong Kook sepanjang 6 tahun di dalam Running Man. Secara jujur, Abang Nara juga kecewa dengan layanan yang diterima oleh kedua-duanya. Sementara itu, Kang Ho Dong telah memaklumkan yang dia telah menolak tawaran menjadi ahli Running Man. Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah yang bakal menjadi pengganti Ji Hyo dan Jong Kook.

umccedP.S: Khusus untuk warga bekerja yang ingin memajukan lagi diri mereka, jom ramai-ramai kita ambil program separuh masa diploma eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti Malaya ini. Dah lebih 21,000 yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Macam-macam kursus disediakan seperti Pengurusan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kaunseling dan Teknologi Maklumat. Pengambilan Januari 2017 telah pun dibuka. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk memperbaiki mutu hidup anda. Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sekiranya berminat, boleh hadiri Hari Informasi yang bakal berlangsung di Universiti Malaya pada 17 Disember ini. Atau kalau nak bertanya lebih lanjut, boleh terus telefon nombor yang tertera di bawah. Selamat belajar. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.