January 24th, 2017

Berita gembira untuk semua peminat Running Man. Setelah pengumuman penamatan program realiti ini baru-baru ini, ramai yang kecewa dan sedih. Para peminat kipas susah mati Running Man rata-rata melahirkan rasa sugul kerana tidak dapat melihat kelibat Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk selepas program ini bersiaran selama 7 tahun.

running man

Namun hari ini, pihak SBS dan penerbit program Running Man telah mengumumkan penarikan kembali pembatalan Running Man. Ini bermakna Running Man akan terus bersiaran bersama-sama dengan 6 ahli tetap iaitu Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk. Keputusan ini telah dilakukan selepas sesi perbincangan “heart to heart” di antara penerbit dan juga ahli Running Man di mana pihak penerbit telah pun memohon maaf atas kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini iaitu menyingkirkan Jong Kook dan Ji Hyo tanpa pengetahuan kedua-dua ahli tersebut.

running man is back

Sudah tentu ini satu berita gembira yang dinanti-nantikan oleh peminat Running Man. Abang Nara pun turut sama bergembira kerana akan dapat terus melihat aksi lucu mereka. Semoga Running Man akan terus bertahan selama yang boleh. Go Running Man Go.


Comments are closed.

Loading...