Written by Bella | April 3rd, 2017

Tidak mahu isu beliau ke bilik hotel penyanyi Aishah Bujang pada jam 3 pagi untuk berbual selepas selesai memeriahkan sebuah acara di Singapura terus dikecam masyarakat, pelakon Johan As’ari tampil mengakui kesilapannya itu.

Saya memang berhajat nak berkawan dengannya. Tapi tak sangka pula keadaan lain berlaku apabila ada memandang serong pada Aishah pula gara-gara tersebar gosip ini. Dalam hal ini saya yang patut dipersalahkan. Saya tidak patut pergi berborak dengan Aishah pada awal pagi itu dalam keadaan yang mencurigakan.

Pada masa yang sama, Johan juga memohon maaf secara terbuka kepada Aishah atas apa yang berlaku kerana yakin isu ini sedikit sebanyak sudah mencalarkan maruah wanita itu.

Saya memohon kemaafan secara terbuka buat Aishah dalam hal ini jika gosip sebegitu menyebabkan dia tidak selesa. Saya perlu menjaga air muka dia. Sebagai wanita saya yakin pasti maruahnya tercalar apabila cerita sebegini muncul.

Menurut Johan, beliau juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan Aishah sekiranya masalah ini terus berlanjutan kelak.

Ok lah tu, sekurang-kurangnya Johan sudah mengakui kesilapan beliau dan turut memohon maaf kepada Aishah. Harapnya, selepas ini Johan lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang rasa curiga dan fitnah lagi.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 28th, 2017

Baru-baru ini, nama pelakon Johan As’ari mendapat perhatian netizen gara-gara isu dimana beliau ke bilik hotel penyanyi Aishah Bujang pada jam 3 pagi untuk berbual dan mengenali penyanyi itu dengan lebih rapat.

Semalam, Aishah menjelaskan beliau tidak bersendirian bersama Johan dan ditemani oleh beberapa rakan lain. Mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan itulah kali pertama Aishah dan Johan bertemu selepas menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura pada bulan Februari lepas.

Berbicara mengenai gosip hangat ini, Johan menyifatkan ia adalah asam garam bergelar artis.

Negara kita ada undang-undang, kalau salah tangkap jer. Gosip-gosip ni biasalah asam garam dunia hiburan. Gosip itu khabar angin, fitnah itu cerita yang tidak berasas.

Tindakan Johan yang tidak cepat melatah dan tampil memberikan komen harapnya akan menamatkan isu ini. Bak kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | March 27th, 2017

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan akhbar mingguan melaporkan berita dimana pelakon Johan As’ari datang ke bilik penyanyi lagu Cinta dan Luka, Aishah Bujang ( Aishah AF7) pada jam 3 pagi. Berita itu mencetuskan sedikit kekecohan di media sosial tentang niat Johan apatah lagi pelakon itu mempunyai ilmu agama yang boleh membezakan sesuatu perkara yang mampu mengundang fitnah ataupun tidak.

Namun, menurut Aishah, beliau dan Johan bukanlah berdua sahaja tetapi ditemani oleh beberapa rakan lain. Johan cuma ingin berborak dan mengenalinya dengan lebih rapat selepas mereka sama-sama terlibat didalam sebuah acara hiburan di Singapura sekitar bulan Februari lepas.

Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak. Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada.

Mereka saling bertukar nombor telefon, tetapi Aishah memberitahu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Aishah sebenarnya bimbang beliau akan dipandang negatif oleh masyarakat gara-gara salah faham ini,

Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak. Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri. Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini.

Mempunyai ilmu yang agak mendalam dalam hal agama, kami yakin Johan mengetahui batasan dalam berkawan. Apa itu dosa dan pahala  serta risiko jika “ditangkap” berkhalwat. Kita pun sudah mendengar penjelasan daripada Aishah dan harapnya tiada yang masih salah anggap.

Sumber Berita : mStar Online