December 5th, 2016

Sudah mencecah usia 30 tahun pada hari Sabtu lepas, pelakon Johan As’ari yang kini sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita berhasrat agar dapat menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Sudah mencecah usia 30 tahun, selain mengharapkan kualiti pada kerjaya seni lakonan saya, jauh di sudut hati saya mohon dipercepatkan bertemu jodoh sebenar.

Jujurnya, saya sekarang dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon namun antara kami tidak pernah meluahkan perasaan biarpun menyedari ada keserasian.

Dua tahun berkenalan bersama pelakon wanita berkenaan membuatkan beliau terbuka hati untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka kerana sifat wanita itu yang cukup sederhana.

Apa yang boleh saya katakan, dia sangat bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri ketika berada di khalayak dan perkara itu membuatkan saya tertarik kepadanya.

Pun begitu saya tidak mahu terlalu berharap kerana perkenalan kami belum sampai ke tahap yang serius dan saya pula seorang yang pemalu untuk berterus-terang dan itu yang lebih menjadi masalah sebenarnya.

Johan memilih pelakon sebagai calon isteri kerana kebanyakan wanita di luar industri hiburan malu untuk mendampinginya atas dasar beliau seorang pelakon dan perkara itu mewujudkan jurang kemesraan.

Semoga hasrat murni Johan As’ari untuk mendirikan rumah tangga akan dimakbulkan dan dipermudahkan. InshaAllah, kalau jodoh tidak ke mana. Kalau dah ada keserasian cepat-cepat masuk meminang,  kata orang bercinta selepas nikah itu ada keistimewaannya tersendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Naz Pictures Official

November 24th, 2016

Sudah beberapa kali menjalinkan hubungan dengan artis wanita, terbaru Johan As’ari nampaknya memilih seorang lagi wanita yang terlibat dalam industri hiburan untuk dijadikan teman wanita.

Johan menerusi portal Harian Metro  mengakui beliau kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon wanita. Walaubagaimanapun, buat masa ini Johan belum bersedia untuk mendedahkan identiti kekasihnya itu.

Johan dan pelakon wanita itu sudah mahu ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka dan difahamkan  cinta hatinya itu sudah mengenali keluarganya.

Saya menghormatinya sebagai wanita jadi tak manis untuk terlalu terbuka bercerita mengenai perkara ini. Apatah lagi hubungan kami baru lagi. Pada masa sama kami masih dalam proses mengenali hati budi.

Tak dinafikan saya selesa berkawan dengannya. Malah dia juga mengenali dan rapat dengan keluarga saya.

Menurut Johan, beliau akan berkongsi lebih lanjut mengenai teman wanitanya itu sekiranya ada khabar gembira.

Sebelum ini, Johan pernah dikatakan sedang intim bersama pelakon Wan Sharmila tetapi beliau menafikannya.

Sumber Berita : Harian Metro

February 5th, 2016

Sejak kisah cintanya bersama aktres Lana Nodin terputus di tengah jalan, Johan As’ari nampaknya agak kurang membicarakan soal cinta.

Namun, ada khabar angin mengatakan beliau kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita  yang sudah lama dikenali oleh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Johan mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan mereka mula rapat dan serasi sejak beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun Johan enggan mendedahkan identiti pelakon wanita berkenaan dan tidak menolak sekiranya hubungan mereka ditakdirkan kekal sehingga jinjang pelamin.

Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita ini. Saya tidak boleh memberitahu siapa, tetapi apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang lembut peribadinya dan kami serasi apabila keluar bersama.

Kami sering melakukan aktiviti seperti bermain luncur ais dan menonton wayang. Setakat ini, kami selesa berkawan rapat biarpun tidak pernah berlakon sama.

Siapa agaknya pelakon wanita  itu ya? Ermm..tidak mengapa kita bagi mereka masa untuk kenal hati budi masing-masing dan inshaAllah satu hari nanti mungkin Johan akan memperkenalkan cinta hatinya itu kepada semua.

Sumber Berita: Utusan Online