December 5th, 2016

Sudah mencecah usia 30 tahun pada hari Sabtu lepas, pelakon Johan As’ari yang kini sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita berhasrat agar dapat menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Sudah mencecah usia 30 tahun, selain mengharapkan kualiti pada kerjaya seni lakonan saya, jauh di sudut hati saya mohon dipercepatkan bertemu jodoh sebenar.

Jujurnya, saya sekarang dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon namun antara kami tidak pernah meluahkan perasaan biarpun menyedari ada keserasian.

Dua tahun berkenalan bersama pelakon wanita berkenaan membuatkan beliau terbuka hati untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka kerana sifat wanita itu yang cukup sederhana.

Apa yang boleh saya katakan, dia sangat bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri ketika berada di khalayak dan perkara itu membuatkan saya tertarik kepadanya.

Pun begitu saya tidak mahu terlalu berharap kerana perkenalan kami belum sampai ke tahap yang serius dan saya pula seorang yang pemalu untuk berterus-terang dan itu yang lebih menjadi masalah sebenarnya.

Johan memilih pelakon sebagai calon isteri kerana kebanyakan wanita di luar industri hiburan malu untuk mendampinginya atas dasar beliau seorang pelakon dan perkara itu mewujudkan jurang kemesraan.

Semoga hasrat murni Johan As’ari untuk mendirikan rumah tangga akan dimakbulkan dan dipermudahkan. InshaAllah, kalau jodoh tidak ke mana. Kalau dah ada keserasian cepat-cepat masuk meminang,  kata orang bercinta selepas nikah itu ada keistimewaannya tersendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Naz Pictures Official


Comments are closed.

Loading...