Written by Bella | November 15th, 2018

Setelah sekian lama bersendirian, pelakon Johan As’ari sudah menemui cinta baharu bersama seorang wanita yang juga pengusaha ladang ternak lembu, Dr Nazejulaiti Mahmud.

Mereka sudah beberapa bulan menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat. Tidak mahu ada salah faham yang timbul pada masa hadapan, Johan menceritakan setiap perkara mengenai sejarah hidupnya yang terdahulu termasuklah kontroversi kepada kekasihnya itu.

Dari hari pertama kenal, saya sudah bercerita segalanya. Malah, saya minta dia buat carian di Internet mengenai siapa diri saya sebenarnya. Bukan apa, saya mahu bersikap jujur dan telus. Saya mengaku banyak buat silap sebelum ini terutama dalam percintaan. Pendek kata, apabila mulai berkenalan dengannya saya bersih tanpa ada yang disembunyikan.

Nazejulaiti pula mendedahkan Johan telah menghadiahkan senaskah Al- Quran yang sama dengannya. Setiap pagi Johan akan meminta beliau membaca ayat tertentu dan kemudian akan membuat huraian.

Kami memiliki Al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian. Sejujurnya, apabila berkawan dengannya saya berasa kehidupan terisi. Saya tak pernah rapat dengan lelaki dan ada seseorang yang istimewa. Kiranya, Johan adalah yang pertama.

Kedua belah keluarga juga merestui hubungan mereka tetapi tidak pernah terlalu mendesak untuk pasangan ini lekas mendirikan rumah tangga. Semoga Johan dan kekasihnya kekal bahagia. Siapa tahu ada jodoh bersama untuk ke jenjang pelamin? Doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | August 8th, 2018

Umum mengetahui pelakon yang mula dikenali menerusi siri Juvana, Johan As’ari antara selebriti yang menyokong kuat kepimpinan terdahulu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi akaun Instagramnya, Johan ada memuat naik foto beliau bersama bekas perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Johan meluahkan rasa bangga serta berterima kasih kepada Najib atas segala baktinya untuk rakyat Malaysia dan sudah banyak yang beliau pelajari sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.

Johan pada masa yang sama mengenang jasa Rosmah yang juga telah banyak berjasa kepada negara.

Muat naik Johan itu mendapat pelbagai respon daripada netizen termasuklah mereka yang mengecam pendapat aktor itu.  Maklumlah, bila berbicara soal politik setiap orang mempunyai pandangan berbeza bukan? Apa-apa pun, janganlah sampai terlalu taksub ya.

Written by Bella | May 23rd, 2018

Pelakon Johan As’ari dikecam teruk gara-gara “tweet” berbaur sindiran terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan beliau memuat naik kata-kata yang agak “pedas” itu mengundang kemarahan netizen. Ramai yang menganggap Johan sengaja ingin mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku ataupun sendu.

Ada juga yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktor tersebut yang sebelum ini dijadikan sebagai contoh kerana imej alimnya dan rajin membaca Al –Quran .

Bagaimanapun, Johan menafikan dakwaan beliau tidak menghormati Tun M. Beliau hanya merasa kasihan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.  Johan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan status Twitternya itu.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | January 19th, 2018

Selalunya apabila kita buka akaun Instagram artis, pasti ia hanya dipenuhi dengan foto-foto “selfie” ataupun iklan untuk sesuatu produk.  Namun, buat pelakon Johan As’ari beliau banyak juga memaparkan video beliau sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu sekali.

Walaubagaimanapun, Johan mengakui merasa sedih dan kecewa kerana masih ada segelintir netizen yang mengkritik beliau hanya ingin meraih perhatian dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran tersebut. Pada masa yang sama, Johan menafikan dirinya tidak boleh menerima teguran orang lain.

 

Saya bukannya jenis yang tidak boleh ditegur tetapi biarlah berhemah. Kita sebagai muslimin dan bangsa Melayu ada adab. Jadi, tegurlah dengan tertib. Disebabkan kecaman dan kritikan yang kasar, jujur saya rasa sedih dan kecewa apabila membacanya. Apa salahnya jika teguran itu ditulis dengan penuh rasa kasih sayang.

Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia ini memang tidak boleh dikawal. Dalam hidup ini, kita tidak boleh hendak puaskan hati semua orang, walaupun berbuat baik pasti ada yang ingin mencari kesalahan kita. Bersabarlah Johan apa yang penting hati yang ikhlas.

Sumber Berita : Utusan Online