February 26th, 2018

Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang  memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. – beautifulnara via HM

October 26th, 2017

Bekas anggota kumpulan Elite, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, diperintah membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status rakan kumpulannya, Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan, yang diisytiharkan muflis sejak 2013.Bernama melaporkan, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Rasyihah Ghazali di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Hana, 39, bersama-sama peguamnya Samir Zainal manakala Watie, 41, tidak diwakili peguam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”

Semuanya bermula apabila Hana mendakwa beliau telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kereta itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie kerana pelakon itu tidak layak membuat pinjaman.

Hana selaku plaintif mendakwa selepas Watie memiliki kenderaan itu, beliau gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk tidak membuat bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank yang menyebabkan Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013.

Screen_Shot_2017-10-26_at_9.37.55_AMSamir ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan Watie membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November ini.

Watie perlu membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi sehinggalah jabatan berkenaan mengeluarkan satu surat pembatalan kebankrapan bagi mengesahkan Hana bebas dari status muflis.

Samir berkata bayaran kepada Jabatan Insolvensi itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan hutang Watie sebanyak RM707,351.83 yang perlu dibayar kepada Hana.

Sehubungan itu, mahkamah turut memerintahkan Watie membayar RM2,500 kepada rakannya itu pada 25 haribulan setiap bulan bermula Januari tahun depan sehinggalah hutang berkenaan selesai dilunaskan.

Hana, yang memenang kes saman terhadap Watie  pada 10 Mac 2015, memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lepas setelah pelakon itu gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang ditetapkan kepadanya sehingga kini.

Dalam saman penghutang itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar hutang itu.

Sementara itu, Hana, 39, berkata beliau berasa lega selepas penantiannya selama ini berakhir.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan akhirnya saya dapat menjalani kehidupan saya seperti biasa. Kini, saya telah bebas dan dapat berjumpa dua anak, Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami.

Bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Watie yang hadir pada prosiding hari ini dengan ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey, selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sebelum dilihat menaiki sebuah kenderaan.

Tinjauan penulis di akaun Instagram Hana mendapati Hana dihujani ucapan tahniah dari sahabat dan pengikutnya berikutan keputusan terbaru bagi membebaskannya dari status muflis tersebut- via BERNAMA

May 14th, 2012

Bergenang air mata Abang Nara membaca luahan hati bekas isteri Joey, Noraini Mohd Nasir. Rasanya semua tahu yang Joey pernah berkahwin dengan Noraini dan mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga seorang anak angkat yang diberi nama Zidani. Kini selepas berkahwin dengan Watie Elite, Joey telah pun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak angkatnya tersebut.

joey lupa anak

Mungkin ada yang berkata Joey sememangnya tidak wajib bertanggungjawab kerana Zidani sekadar seorang anak angkat. Namun apabila anda membaca kata-kata daripada Noraini, pastinya anda akan berfikir 2, 3 kali sebelum berkata sebegitu. Kata Noraini:-

Dulu, Joey yang beriya-iya sehingga menangis ketika menyambut Zidani di hospital. Kini hanya Tuhan yang tahu beban yang ditinggalkan untuk saya. Siang malam saya bekerja untuk membesar Zidani, kami terkontang-kanting untuk hidup. Amanah Tuhan terus dibuangnya bagaikan sampah! Saya hiba setiap hari Zidani akan bertanya ‘kenapa baba tidak balik bekerja?’ Mungkin juga sudah tiba masanya saya mahu memberitahu Zidani, baba sudah mati. Seingat saya hanya RM1,000 duit belanja anak diberikan, itupun kira-kira 2 tahun lalu ketika meninggalkan kami. Sejak itu yuran sekolah, makan minum, pakai dan sakit pening ayah tidak pernah diambil peduli. Sampaikan anak bersekolah di mana pun dia tidak tahu

Sedih kan? Bagi Abang Nara, walaupun sekadar anak angkat, oleh kerana keputusan untuk mengambil Zidani sebagai anak telah dibuat bersama-sama, sepatutnya Joey ada rasa tanggungjawab untuk membesarkan anaknya. Kata Noraini lagi:-

Dua kali Zidani sakit teruk, jangan kata nak datang jenguk, hulur lima sen pun tidak. Joey cakap dengan kawan-kawannya saya tidak memberinya jenguk anak, itu satu pembohongan! Joey pernah terbabit dalam penggambaran berdekatan dengan rumah tidak lama dulu, jangan ingat saya tidak tahu, tapi itupun dia tidak menjenguk anak. Apa salahnya singgah sekejap, hantar duit RM50 pun tidak mengapa. Takkan saya nak menghalaunya jika dia ketuk pintu rumah nak jenguk anak. Saya pun kasihan pada Zidani, nama ‘baba’ tidak pernah lekang daripada bibirnya biarpun sudah 2 tahun Joey meninggalkan kami.

Hmmm… Abang Nara berharap sangat agar Joey membaca luahan kata-kata bekas isterinya ini. Kalau pun dah tak sayang isteri, kebajikan anak haruslah dijaga. Kalau tak nak jenguk pun, hulurlah duit supaya dapat meringankan beban bekas isteri anda. Tak kasihan ke tengok anak hidup susah?

joey lupa anak

Dapatkan tudung Rabbani yang sedang hangat di Indonesia sekarang dengan harga hanya RM54 sahaja. Anda pasti akan kelihatan lebih anggun menawan. Lebih banyak variasi di laman web www.gudang.my.

May 2nd, 2012

Cantik sungguh kedua-dua pasangan pengantin iaitu Watie Elite dan Joey serta Azza Elite dan Azlan di majlis persandingan perkahwinan mereka. Bertemakan warna gold, kedua-dua pengantin ini tampil berseri-seri. Untuk makluman, Watie Elite dan Joey telah pun bernikah pada 22 Disember 2011 manakalah Azza dan Azlan pada bulan Mac lalu.

watie elite azza elite

Lagi 12 keping gambar sekitar majlis persandingan Watie dan Azza Elite dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Utusan Malaysia dan Mstar.

watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite7
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite
watie elite azza elite