February 26th, 2018

Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang  memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. – beautifulnara via HM


78 responses to “Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey”

  1. Anonymous says:

    Bangang punya statement.dah jelas lagi bersuluh,bini ko tu berak tepi jalan,xkan org lain nak kena cuci kot.

  2. Watiesucks says:

    Watie ni betul2 mcm anjing tersepit…org dh tolong ko gigit balik…laki bini bodoh…

  3. Anonymous says:

    SiHana bagi pinjam duit kepada siWatie untuk beli kereta..SiWatie gagal melangsaikan hutang keada siHana sampai siHana diblacklist..Siapa yang terinaya dan diinaya oleh kawan sendiri??Yang terang nampak adalah biar papa asal bergaya,dan tak ada tak perlu ada ada.hidup dgn apa yg ada.

  4. isabel says:

    tak bole macam gitu, watie dah aniaya hana sekarang pusing cerita sbb tak mampu bayar, pakai kete nak !! ingat dik akhirat besok ko tanggung akibatnya.

Loading...