May 25th, 2020

Setelah membuat keputusan untuk mengamalkan “co-parenting” bersama Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad melalui posting IG beliau telah memuat naik gambar bersama Noor Nabila dan juga anaknya Jebat Jayden bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

 

View this post on Instagram

 

Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much.. @jebatjayden selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much..

Walaupun masih tiada berita jika mereka akan merujuk semula perkahwinan pasangan ini, Sharnaaz akan memastikan beliau mengekalkan hubungan baik dengan Noor Nabila demi kebaikan Jebat.

Pelbagai reaksi dan komen positif dari peminat, termasuklah rakan-rakan artis yang memuji tindakan Sharnaaz mengutamakan Jebat.

Tidak kurang juga yang mendoakan semoga ada sinar baru buat kedua-dua Sharnaaz dan Nabila.

Sikap Sharnaaz untuk berbaik semula dengan Nabila demi kebaikan Jebat harus dicontohi oleh semua. Tak semestinya kalau perkhawinan tu dah sampai ke titik noktah, hubungan antara satu sama lain terjejas kan?

Tapi apa salahnya kalau ada sinar baru untuk Sharnaaz dan Nabila, kami pun tumpang gembira.

Sumber : Cari

May 21st, 2020

Walaupun perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila kini sampai ke titik noktahnya, mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang baik untuk satu-satunya anak iaitu Jebat Jayden.

Menurut Sharnaaz, dia membuat keputusan untuk berbaik dengan Nabila dan mengamalkan ‘co-parenting’ demi kebaikan Jebat. Apa yang penting kini, kedua mereka akan menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa supaya kanak-kanak itu dapat membesar dengan baik. 

sharnaaz dan noor nabila berbaik untuk jebat

Walaupun tidak dapat mengulas panjang sekiranya ada harapan untuk kedua mereka memikirkan semula mengenai hal rumah tangga, pelakon lelaki itu menjelaskan bahawa dia mahu berkawan dengan Nabila.

“Dia adalah wanita dan ibu kepada anak saya dan kami matang dalam menguruskan hal ini.”

Sebagai seorang bapa, Sharnaaz lebih pentingkan tanggungjawab menyediakan makan, minum dan pakaian anak lelakinya itu.

Manakala Nabila pula melaksanakan kewajipan sebagai seorang ibu. Malahan mengakui dia saban hari menghubungi wanita itu untuk bertanyakan perihal Jebat.

“Kalau saya nak jumpa Jebat, saya bagitau Nabila. Kadang-kadang saya belikan ‘extra’ makanan dan hantar kepada Nabila dan Jebat. Saya bertindak sebagai seorang kawan yang matang.”

sharnaaz dan noor nabila berbaik untuk jebat

Sebagai ibu bapa, mereka berdua hanya mahukan kanak-kanak tersebut membesar dengan gembira. Sedar mungkin keduanya tidak berjaya dalam institusi perkahwinan tetapi mereka kini menjalankan tugas yang baik dalam ‘co-parenting’.

“Mungkin sebagai suami isteri kami tak berjaya, tapi ‘co-parenting’ kami berjaya. Apa salahnya?”

Yang penting, Jebat gembira dan membesar dengan baik.

Sumber: Gempak

May 11th, 2020

Meskipun nama pelakon Sharnaaz Ahmad sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga, namun perkongsiannya di laman Instagram baru-baru ini seolah memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.

sharnaaz ahmad nabila jebat

Biarpun sebelum ini kecoh apabila isterinya Noor Nabila telah memfailkan penceraian di mahkamah, Sharnaaz menjelaskan bahawa dirinya akan tetap mempertahankan perkahwinan mereka.

Namun apa yang mencuri tumpuan warganet ketika ini adalah Sharnaaz telah meninggalkan ucapan selamat hari ibu buat isterinya di salah sebuah entri di instagram anaknya, Jebat Jayden.

sharnaaz ahmad

“Happy mothers day,” tulis Sharnaaz di ruangan komen.

Perkongsian yang dimuat naik di laman instagram anaknya itu turut memaparkan beberapa foto dan video “throwback” Jebat bersama Nabila sempena hari ibu.

Malah, komen yang dititip Sharnaaz itu juga turut mendapat lebih ribuan tanda suka daripada pengikut  yang seakan gembira dan mahu pasangan ini kembali bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini agar kembali pulih demi kebaikan bersama selain kebahagiaan cahaya mata sulung mereka.

Hal ini demikian kerana, Sharnaaz juga difahamkan kerap memuat naik beberapa perkongsian video anaknya semasa berada di rumah isteri seolah-olah memberi bayangan yang mereka kini telah tinggal sebumbung.

View this post on Instagram

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Namun, berkenaan isu rumah tangga, sehingga kini masih tiada kenyataan jelas dikeluarkan oleh Sharnaaz mahupun Nabila.

Untuk rekod pasangan ini telah bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor dan hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

May 5th, 2020

Kegembiraan anak sulung pasangan sensasi Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor berlari-lari di hadapan kediamannya berakhir dengan tragedi apabila anak tunggalnya, Jebat Jayden jatuh tersembam.

noor nabila jebat jayden sharnaaz ahmad

 

Berita pilu itu dikongsi ibunya, Nabila di laman instagram miliknya selepas difahamkan remuk hati melihat kondusi anaknya itu.

Lebih perit, Nabila juga turut memuat naik beberapa keping foto anaknya yang kelihatan seakan akur menahan sakit.

View this post on Instagram

My strong boy. Seronok punya lari… jatuh tersembam muka kat jalan tar depan rumah.. adoii hancur hati mommy tengok ni tapi takpelah anak jantan kan…???

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

 

Meskipun sedih melihat keadaan permata sulungnya itu, namun Nabila tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang tidak jemu mendoakan kesembuhan Jebat.

“Hari ke3…. Masih hensem. Alhamdulillah hehe.

“Thank you kepada semua yang mendoakan anak jantan saya,” titipnya lagi.

Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI) sejak berusia enam bulan tahun lalu.

Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Noor Neelofa telah melangsungkan perkahwinan bersama Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang menjengah usia dua tahun.