“Itu Bukan Keutamaan Saya Lagi” – Noor Nabila Mengaku Belum Temui Pengganti Baru, Mahu Fokus Jebat Jayden

Hiburan

“Itu Bukan Keutamaan Saya Lagi” – Noor Nabila Mengaku Belum Temui Pengganti Baru, Mahu Fokus Jebat Jayden

Kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila mengakui dia masih belum menemui pengganti baharu setelah bercerai dengan Engku Emran pada tahun 2021 yang lalu.

Ujar Nabila, dia berasa gembira dengan kehidupan solo yang dinikmatinya kini apatah lagi ditemani anak tercinta, Jebat Jayden.

Advertisement

Dia yang juga bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata ingin memberi fokus kepada anak tunggalnya, itu yang bakal memasuki alam persekolahan.

Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang.Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi.

Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi.

Sebelum ini, muncul dakwaan Nabila bakal bernikah lagi apabila foto memaparkan dia mengenakan busana seperti baju nikah menjadi tular di Instagram.

Noor Nabila

Maklum dengan kontroversi itu, Nabila menjelaskan ia adalah sempena penggambaran musim baharu program TV Next To Neelofa.

Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik dan pasti akan berkongsi kepada semua jika sudah bertemu jodoh kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noor nabila
2 months ago

"Saya Akan Umumkan.." - Timbul Spekulasi Bakal Naik Pelamin Semula, Noor Nabila Tampil Perjelas Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...