Sering Kongsi Cerita Peribadi Noor Nabila, Rosix Hanya ‘Share’ Apa Yang Dibenarkan – “Yang Boleh ‘Reveal’, Ada Dekat TikTok & IG”

Hiburan

Sering Kongsi Cerita Peribadi Noor Nabila, Rosix Hanya ‘Share’ Apa Yang Dibenarkan – “Yang Boleh ‘Reveal’, Ada Dekat TikTok & IG”

Rosix Omar, pencipta kandungan di media sosial memaklumkan dia menghadkan perkongsian tentang kehidupan sahabat baiknya, Noor Nabila.

Ujarnya, tidak semua hal peribadi boleh dikongsikan dan apa yang dimuat naik olehnya di platform media sosial hanyalah sebahagian daripadanya.

Advertisement

 

Hanya kongsi apa yang sesuai

Tambah Rosix, dia banyak berkongsi tentang Nabila dan anak lelakinya, Jebat Jayden di media sosial namun ia hanyalah yang sesuai dipaparkan.

Kalau apa yang kita reveal, ada dekat TikTok dan IG. Yang tak boleh reveal, tak adalah, simple saja. Kalau saya kongsi maksud dia, dibenarkan kongsi. Kalau ada teaser sikit sikit, saya rasa dibenarkan kot. Saya rasa la, walaupun tak minta izin pun. Tapi kalau saya rasa dibenarkan, saya letak.

rosix omar

 

Tak tahu pasal Sharnaaz dan Amelia

Disebabkan hubungan baiknya dengan Nabila, Rosix tidak terlepas daripada diajukan soalan membabitkan aktor Sharnaaz Ahmad.

Kata Rosix, dia langsung tidak tahu menahu tentang hal aktor tersebut tidak lagi mengikuti aktres Amelia Christie di media sosial.

Bagaimanapun, Rosix mengakui hubungan rapat antara Amelia dan Jebat seperti yang dilihat di media sosial itu adalah benar.

amelia
2 months ago

"Tak Apa Lepas Ni Cari Bujang.." - Dah Sayang Seperti Anak Sendiri, Netizen Turut Sedih Tengok Video Amelia & Jebat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...