February 26th, 2015

Semalam kita dikejutkan dengan sebuah lagi video ugutan terbaru daripada pihak pengganas Anak Malaysia Anti Demokrasi yang ingin membunuh Ketua Polis Negara. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah mereka  sekali lagi telah menggunakan foto artis dalam video mereka. Kali ini Jaafar Onn pula telah menjadi mangsa mereka.

 Susulan perkara tersebut, Jaafar Onn yang sedar foto beliau telah tampil dalam video tersebut menyatakan beliau tidak gentar dan tidak mahu membuat laporan polis buat masa ini kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengganas.

Itu permainan mereka dan rasanya tidak perlu saya layan dengan membuat laporan polis kerana ia membuang masa.

Mereka juga bukanlah orang yang berani kerana muka sendiri pun berselindung disebalik topeng.

Jika Nora Danish merasa risau dan fobia untuk keluar daripada rumah setelah gambar beliau digunakan dalam video pengganas, Jaafar Onn pula nampaknya kelihatan lebih tenang dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai. Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.

Dalam video terbaru pengganas tersebut, tiga lelaki lengkap berpakaian serba hitam dan bertopeng sambil memengang foto wajah Jaafar Onn menyatakan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.

Kadang-kala jika kita melayan sesetengah pihak yang tidak mempunyai masalah dengan kita, ia adalah satu perkara yang membuangkan masa. Walaubagaimanapun, tidak salah untuk kita berhati-hati akan perkara yang tidak boleh diramal.

Sumber Berita: mStar Online

February 25th, 2015

Jika sebelum ini kita telah digemparkan dengan sekumpulan pengganas yang ingin menyerang mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara dan telah menggunakan foto Nora Danish dalam video mereka, kini mereka telah tampil dengan video baru dan menggunakan foto Jaafar Onn pula dalam ancaman ingin membunuh Ketua Polis Negara.

Nora Danish sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan mengakui merasa fobia untuk keluar dari rumah kerana khuatir akan keselamatan beliau.

Pengganas yang dikenali sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi mengugut mahu membunuah Ketua Polis Negara dengan meletupkan kereta beliau dan menunjukkan adengan tersebut dalam video mereka.

Mengapa pengganas memilih untuk menggunakan foto artis? Adakah kerana mereka ingin menarik minat ramai? Walaubagaimanapun, perkara ini harus dipandang serius kerana ia mengancam keselematan negara.

Sumber Berita: Facebook Friends Of BN

February 18th, 2015

Beberapa hari lepas pengacara Azwan Ali telah memuatnaik satu status di Instagram mendakwa seorang selebriti yang namanya bermula dengan huruf ‘J’ telah menyihir beliau menyebabkan kakinya  berbisa. Kemudiannya Azwan telah mendedahkan siapa selebriti tersebut melalui Instagramnya.
 photo Jaafar Onn mandi buih.jpg

Hari ini melalui mStar Online, Jaafar meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Abang Jaafar yang kini berusia 64 tahun memberitahu  tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis namun hanya mengetahui mengenai perkara itu apabila ditanya oleh wartawan.

Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu.

Azwan Ali bagaimanapun telah menafikan kepada sebuah portal hiburan yang dia pernah memuat naik status seperti itu, sebaliknya ia dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Abang Jaafar mendakwa sudah lama tidak mempunyai urusan dengan Azwan dan tiada sebab baginya untuk melakukan perbuatan syirik seperti itu kerana tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Tidak diketahui siapa yang berada di pihak yang benar. Apa pun secara umumnya di media sosial kita semua harus berhati-hati kerana mungkin apa yang dimuat naik itu menyusahkan orang lain pula.

Share saja benda-benda bermanfaat dan berfaedah, kalau ada benda yang tidak baik simpan saja untuk diri sendiri apalagi jika kebenarannya tidak dapat dibuktikan. Tak gitu?