“Tak Ada Otak! Kau Ingat Power Rangers?” – Jaafar Onn Selar Individu Pakai Baju Melayu Ketat

Hiburan

“Tak Ada Otak! Kau Ingat Power Rangers?” – Jaafar Onn Selar Individu Pakai Baju Melayu Ketat

Personaliti TV terkenal, Jaafar Onn tampil menyelar tindakan segelintir individu yang memakai baju Melayu rekaan moden yang terlalu ketat dengan potongan sendat sehingga menjolok mata sesiapa yang melihatnya.

Kata Jaafar, golongan lelaki seperti itu boleh dianggap sebagai orang yang tidak berotak dan berfikiran kurang waras.

Advertisement

Mereka tu semua jenis tak ada otak atau tergolong dalam kalangan manusia yang berfikiran kurang waras.

Ujarnya lagi, dia sangat pantang dengan sikap orang yang berani memperkotak-katikkan keindahan busana tradisional baju Melayu.

Kenapa nak pakai ketat-ketat? Siapa kau nak ubah-ubah rekaan baju Melayu? Kau ingat kau Power Rangers?

Dia dalam pada itu sempat menasihatkan individu ini agar menggunakan idea lain ketika mencipta ‘content’ agar lebih bermanfaat, bukan semata-mata untuk mengejar populariti dan mencari kekayaan.

Aliff Syukri
1 year ago

"Dah Macam Ulat Beluncas!" - Aliff Syukri Dah Siap Lagu Raya 2023, Kali Ini Tema Baju Melayu 'Swimming Suit'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...