“Lembut Tapi Tak Pernah Susahkan Orang..” – Disuruh Bertaubat, Jaafar Onn Enggan Hidup Berpura-Pura

Hiburan

“Lembut Tapi Tak Pernah Susahkan Orang..” – Disuruh Bertaubat, Jaafar Onn Enggan Hidup Berpura-Pura

Pelakon dan juga personaliti TV senior, Jaafar Onn mengakui pembawaan dirinya dalam industri sebagai seorang yang lemah-lembut menjadi faktor utama untuk dirinya kekal relevan dalam industri seni sehingga kini.

Sudah hampir 50 tahun menyemai bakat, Jaafar Onn atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang berkata dia tidak mempunyai sebab untuk berubah kerana segalanya adalah pemberian Allah S.W.T untuk dirinya.

Advertisement

Tambahnya lagi, tidak perlu untuk menjadi berpura-pura semata-mata hanya untuk memuaskan kehendak dan keperluan masyarakat.

 

Advertisement

Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’. Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi puaskan hati orang.

Kata pelakon drama komedi Cili Api ini lagi, dia tidak pernah menyusahkan orang meskipun berperwatakan lembut dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan rezeki serta kesihatan yang baik.

 

Orang sibuk kutuk saya jalan menampi padi usia pun dah makin lanjut, saya nak tanya, sempurnakah kalian? Nak cakap apa pun, cakaplah yang penting hanya saya dan Allah saja tahu saya bagaimana.

Jelasnya, segala kritikan yang dilemparkan tidak pernah menjadi kudis dalam hati dan menganggap setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Perkembangan terkini, Jaafar bakal muncul dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul Apartmen Putra yang akan ditayangkan tidak lama sahaja lagi.

Jaafar Onn
9 bulan lalu

Ikhlas Menegur, Jaafar Onn Tegur Artis Veteran Tidak Bertudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...