July 20th, 2017

Terlalu kuat bekerja sehingga berat badannya menurun demi menyara diri dan anak lelakinya, pelakon Izreen Azminda berharap mendapat seorang suami yang mampu meringankan bebannya sekiranya berkahwin lagi satu hari nanti.Izreen bukanlah mahu seorang yang kaya tetapi cukup sekadar teman hidupnya nanti dapat menerima diri beliau seadanya.

Saya bukannya memilih apatah lagi berangan-angan mencari orang kaya sebagai suami tetapi jika saya ingin berkahwin biarlah lelaki itu nanti dapat meringkan beban saya. Jika berkahwin nanti saya masih perlu bekerja kuat seperti sekarang dan dia pula menjadi beban saya, jadi apa gunanya saya kembali berumah tangga?

Apa yang boleh saya katakan setakat ini saya belum bertemu lagi sesiapa yang betul-betul boleh menerima saya seadanya dan paling penting anak saya.

Meskipun beberapa kali gagal dalam percintaan ia tidak bererti Izreen sudah berputus asa untuk mencari jodoh yang sesuai buat dirinya. Apa-apa pun, beliau tetap juga bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

Sumber Berita : mStar Online

September 26th, 2016

Sejak bercerai, Izreen Azminda tidak putus diajukan soalan tentang teman lelaki. Menurut Izreen beliau sebenarnya takut untuk menerima kehadiran lelaki didalam hidupnya dan akui beliau kini lebih bahagia kerana tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak. Lelaki sudah ‘mati’ dalam hidup saya.

Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya.

Izreen memberitahu beliau ada didekati oleh ramai lelaki, namun belum ada yang berjaya mencuri hatinya.  Pelakon wanita itu mahu mencari seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh. Pada masa yang sama, Izreen seboleh-bolehnya tidak mahu bercinta dengan rakan artis.

Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh. Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri.

Sebelum ini orang lihat saya rapat dengan pelakon lelaki, namun mereka tidak tahu bagaimana sukarnya wujudkan keserasian di lokasi agar lakonan kami menjadi di hadapan kamera.

Bukanlah menolak cinta dengan selebriti. Jika ada yang datang dan rasa sesuai mungkin saya akan teruskan.

Tidak mudah untuk mencari pasangan hidup yang boleh menerima keadaan Izreen sebagai janda anak satu. Namun, jodoh bukanlah satu perkara yang kita boleh ramalkan, siapa tahu satu hari nanti ada lelaki yang boleh mencintai Izreen sepenuh hatinya dan memikul tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada anaknya. Setiap orang perlukan teman untuk berkasih sayang dan mengubati kesunyian didalam hati.

Sumber Berita : Insta Online

October 9th, 2015

Mengakui lebih bahagia hidup solo bersama anaknya tanpa kehadiran mana-mana lelaki, Izreen Azminda ingin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau anti lelaki.

Izreen tidak kisah jika sesiapa ingin berkawan dengan beliau, tetapi jika seseorang lelaki itu sudah mula bertanyakan soal cinta beliau memang tolak habis-habisan.

Saya belum mahu ada sebarang komitmen yang begitu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Setakat berkawan sahaja bolehlah tetapi kalau nak lebih-lebih, saya angkat kaki. Saya bukan anti lelaki. Tetapi saya tidak akan buka sedikitpun ruang cinta dalam hati saya ini kepada mana-mana lelaki buat masa ini.

Sebab apabila ada teman lelaki nanti, saya rasa lebih susah pada diri sendiri. Saya ini pula kalau bercinta memang akan ‘cinta mati.’ Kalau tengah hangat bercinta, masa dan fokus saya hanya pada teman lelaki, nanti yang lain-lain semua ke laut. Jadi, bila tiada sesiapa yang istimewa, saya rasa lebih tenang dan gembira.

Boleh dikatakan kehidupan Izreen kini lebih teratur kerana sudah mampu berjaya memiliki kediaman dan kereta mewah hasil lakonan serta perniagaan baharu beliau.

Saya ada tanggungjawab besar untuk beri pendidikan sempurna kepada anak. Lagipun sejak dua, tiga tahun ini saya sangat workaholic. Saya kerja non stop. Jadi saya rasa berbaloi untuk manjakan diri sendiri dengan kereta baru dan rumah baru sebagai balasan penat lelah kerja selama ini.

Yeah, itulah semangat yang harus ada dalam diri setiap wanita, ye kita perlukan kasih sayang tetapi jika banyak orang yang hanya ingin melukakan rasanya lebih baik jangan masuk dalam perangkap.

Sumber Berita: Mangga Online