October 9th, 2015

Mengakui lebih bahagia hidup solo bersama anaknya tanpa kehadiran mana-mana lelaki, Izreen Azminda ingin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau anti lelaki.

Izreen tidak kisah jika sesiapa ingin berkawan dengan beliau, tetapi jika seseorang lelaki itu sudah mula bertanyakan soal cinta beliau memang tolak habis-habisan.

Saya belum mahu ada sebarang komitmen yang begitu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Setakat berkawan sahaja bolehlah tetapi kalau nak lebih-lebih, saya angkat kaki. Saya bukan anti lelaki. Tetapi saya tidak akan buka sedikitpun ruang cinta dalam hati saya ini kepada mana-mana lelaki buat masa ini.

Sebab apabila ada teman lelaki nanti, saya rasa lebih susah pada diri sendiri. Saya ini pula kalau bercinta memang akan ‘cinta mati.’ Kalau tengah hangat bercinta, masa dan fokus saya hanya pada teman lelaki, nanti yang lain-lain semua ke laut. Jadi, bila tiada sesiapa yang istimewa, saya rasa lebih tenang dan gembira.

Boleh dikatakan kehidupan Izreen kini lebih teratur kerana sudah mampu berjaya memiliki kediaman dan kereta mewah hasil lakonan serta perniagaan baharu beliau.

Saya ada tanggungjawab besar untuk beri pendidikan sempurna kepada anak. Lagipun sejak dua, tiga tahun ini saya sangat workaholic. Saya kerja non stop. Jadi saya rasa berbaloi untuk manjakan diri sendiri dengan kereta baru dan rumah baru sebagai balasan penat lelah kerja selama ini.

Yeah, itulah semangat yang harus ada dalam diri setiap wanita, ye kita perlukan kasih sayang tetapi jika banyak orang yang hanya ingin melukakan rasanya lebih baik jangan masuk dalam perangkap.

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...