Written by AbangNara | December 22nd, 2013

Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang telah sah bergelar suami kepada Sasha. Untuk makluman, Sasha berasal dari Indonesia, Majlis pernikahan telah berlangsung semalam, 21 Disember kira-kira jam 10.20 pagi secara sederhana di rumah pengantin perempuan.

safee sali nikah

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Kampung Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Semoga perkahwinan Safee dan Sasha berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram FeverPictures.

 
Written by AbangNara | April 3rd, 2012

Nampaknya jodoh Safee Sali dan isterinya, Sabarina Yusof berakhir pada 2 April 2012. Safee Sali telah sah bercerai dengan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

safee sali bercerai

Untuk makluman, Safee Sali dan bekas isterinya dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna yang berusia setahun. Punca penceraian tidak diketahui dan keputusan untuk bercerai telah dibuat secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak. Semoga anak-anak Safee dan Sabarina tidak diabaikan selepas penceraian ini.