April 3rd, 2012

Nampaknya jodoh Safee Sali dan isterinya, Sabarina Yusof berakhir pada 2 April 2012. Safee Sali telah sah bercerai dengan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

safee sali bercerai

Untuk makluman, Safee Sali dan bekas isterinya dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna yang berusia setahun. Punca penceraian tidak diketahui dan keputusan untuk bercerai telah dibuat secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak. Semoga anak-anak Safee dan Sabarina tidak diabaikan selepas penceraian ini.


250 responses to “Safee Sali Sah Bercerai Talak Satu”

  1. HM says:

    wow.. ramai nye yg komen pasal SS.. patut la.. performance kurang sejak dua menjak nie… aiz..

  2. hati batu says:

    kalo masih sayang kenapa tak dipertahankan je???kenapa “jalan terakhir” juga yg dipilih??…kan cinta tu banyak dugaan….selalunya bila berlaku perceraian ni, last2 mesti ada slh seorg yg akan menyesal….dan org yg menyesal tu adalah org yg tlh membuat kesalahan dlm rumahtangga mereka dulu..*peace*….semoga anak2 nya dapat membesar dgn baik w’pun ibubapa dah tak bersama lagi……..:)

Loading...