March 12th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail dengan hanya sekali lafaz. Datuk Malek Noor hanya memberikan senashkah Al-Quran tanpa wang hantaran dan 5 dulang hantaran dibalas 9 oleh pengantin perempuan.
gambar nikah malek noor
Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

gambar nikah malek noor

Datuk Malik Noor berharap agar perkahwinan yang pertama buat dirinya ini akan menjadi perkahwinan terakhir. Apa pun Abang Nara terharu mendengar kata-kata isteri Datuk Malik Noor yang tidak mahukan sebarang wang hantaran:-

Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu. Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula.

gambar nikah malek noor

Jutaan tahniah sekali lagi kepada pengantin baru ini. Gambar dan info kredit Mstar.

Advertisement
March 12th, 2012

Kami difahamkan yang bekas Juara Bina Badan Heavyweight Asia, Datuk Malek Noor akan bernikah dengan seorang pakar pediatrik yang juga ibu kepada tujuh anak hari ini. Menurut Malek, tarikh ini dipilih kerana ia adalah tarikh yang sama dia mengerjakan umrah dan memohon untuk dipertemukan jodoh tahun lepas. Dua gambar ini ialah gambar Dr. Wan Asma Wan Ismail yang berusia 52 tahun.

Mereka akan bernikah di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), manakala majlis resepsi akan berlangsung esok. Kepada Datuk Malek dan isteri, tahniah diucapkan dan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat!

***

Bermacam-macam yang menarik menanti anda di Bazar Seni Industri Budaya, dari 2.00 petang hingga 12.00 malam, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka). Pelbagai produk budaya, aktiviti dan artis pun ada, jangan lupa hadir! Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya.

Advertisement