March 19th, 2015

Menjalani kehidupan berpoligami bukanlah satu perkara yang senang baik dari segi tanggungjawab sehinggalah melibatkan perasaan. Isteri kedua kepada Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah, sudah cukup lali dengan kritikan masyarakat yang menganggap beliau sebagai perampas.

Sudah sekian lama menyimpan rasa sedih di hati, Wan Sakinah telah meluahkan rasa beliau sebagai isteri kedua apabila salah seorang pengikutnya yang sering bertanya tentang hal tersebut.

Dalam luahan hati menjawab pertanyaan tersebut, beliau mengakui isteri kedua akan sering dipandang serong oleh masyarakat.

Salam. Maaf lewat memberi maklum balas. Ramai yg menghantar email kepada saya bertanya bagaimana saya selaku isteri kedua, menghadapi makian daripada orang sekeliling. Ini jawapannya. “Semua yg terjadi telah tertulis”. Samada anda memilih utk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda. Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita. Allah sudah berikn nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah. Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand.

Tambah Wan Sakinah lagi, buat mereka yang hidup bermadu supaya redha dengan ketentuan takdir dan bersyukur atas ketentuanNya itu.

Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Hiduplah dengan bahagia. Bersyukurlah. Walau hakikatnya kadang-kadang kite merungut, marah, sedih, tapi tetapkan dalam hati, hidup ini indah!

Hidup berpoligami ini bukannya mudah baik dari segi tanggungjawab sehinggalah membahagikan masa dan kasih sayang buat isteri-isteri. Setabah mana pun seseorang wanita itu, pasti akan ada rasa cemburu dan sedihnya walaupun senyuman tetap terukir diwajah. Baik Wan Sakinah mahupun Diyana kedua-dua mereka cukup cekal untuk menghadapi cabaran ini. InshaAllah pasti ada hikmahnya.

 

September 19th, 2013

Teringat pulak Abang Nara ketika dapat tahu wife mengandung satu ketika dahulu. Memang teruja yang amat-amat. Terus esoknya bawa pergi doktor untuk confirmkan kehamilan sebab nak dengar daripada mulut doktor sendiri. Jadi Abang Nara boleh faham betapa terujanya Ashraf Muslim apabila isteri keduanya, Wan Sakinah hamil.

ashraf muslim jadi bapa

Untuk anda yang tidak tahu, Wan Sakinah telah pun disahkan hamil selama 6 minggu. Wan Sakinah turut mengalami beberapa alahan yang biasa dirasai oleh wanita hamil. Kata Ashraf Muslim kepada Sinar Harian:-

Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya

ashraf muslim

Diharap sepanajang kehamilan ini, Wan Sakinah dan Ashraf Muslim akan menjaga diri sebaik-baiknya. Jangan sering tertekan. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting, anda berdua kini bahagia. Semoga kebahagiaan itu akan bertambah dengan kehadiran orang ketiga kelak. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Nissan akan tingkatkan kapasiti Datsun

July 22nd, 2013

Minggu lepas dan minggu ini pastinya topik paling hangat di dalam dunia hiburan Malaysia ialah perkahwinan Ashraf Muslim. Suami kepada Dayana ini telah melangsungkan perkahwinan keduannya dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.
gambar kahwin ashraf muslimNamun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-

Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.

wan sakinah

Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-

Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.

Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.

ashraf muslim

Apabila ditanya soalan “Sebelum ini, Ashraf buat permohonan poligami untuk bernikah seorang lagi di dalam negara. Jadi kenapa pula bernikah di Thailand?“, Ashraf Muslim menjawab:-

Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).

Panjang lebar penjelasan daripada Ashraf Muslim kan? Kalau nak baca yang lebih panjang, sila dapatkan naskhah BiPop semalam. Daripada gaya penjelasan Ashraf, nampak seperti dia dan Wan Sakinah telah pun merancang perkahwinan ini dalam waktu yang panjang. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan anda berdua. Semoga berbahagia.

P.S: Gambar Honda Fit/Jazz 2014 yang rasmi. Nampak menarik!!!

July 18th, 2013

Isteri kedua Ashraf Muslim sejak hari Ahad (7 Julai) yang lalu, Wan Sakinah enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi yang sedang melanda perkahwinan mereka. Walaupun diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan Berita Harian, bekas kakitangan sebuah syarikat televisyen ini tetap tenang dan menjawab panggilan dengan tenang.

wan sakinah

Jawapan pendek yang diberikan oleh Wan Sakinah apabila diminta memberi komen ialah:-

Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf

wan sakinah

Difahamkan juga Ashraf Muslim turut membawa isteri pertama dan isteri keduanya ini secara berasingan ke tapak perniagaan minyak wangi di sebuah bazaar Ramadhan. Didapati Wan Sakinah lebih kerap berada di gerai berkenaan iaitu hampir setiap hari.

Pastinya Dayana kecewa dengan perkahwinan kedua suaminya ini. Namun begitu, Wan Sakinah sudah pun sah menjadi isteri kepada Ashraf Muslim. Semoga Ashraf dapat berlaku adil dan tidak mengabaikan isteri pertamanya. Janganlah habis madu sepah dibuang pula.

gluta cell

P.S: Kulit bermasalah? Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya? Tak perlu risau kerana.Jangan risau kerana Gluta Cell adalah penyelesaianya. Ramai yang telah berjaya dengan Gluta Cell. Berkesan dalam masa hanya 14 hari. Layari www.azaleadenaturale.com untuk info lanjut.