March 7th, 2017

Nampaknya kontroversi pergolakan rumah tangga pelakon Aqasha semakin hangat apabila lelaki yang dipercayai abang ipar Aqasha, Yusri Sabri telah memuat naik sebuah status dimana beliau menegur Aqasha dan wanita yang dikatakan punca rumah tangga adiknya, Baizura berantakan iaitu Rita Rudaini.

Terdahulu, Baizura ada memuat naik beberapa foto perbualan mesra suaminya bersama seorang wanita dan memberikan bayangan bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelakon bestatus janda berusia 40 an dan sudah dua kali berkahwin.

Walaubagaimanapun, Baizura telah memadam foto berkenaan selepas ia mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah selebriti. Kemudian, beliau memuat naik sebuah foto lain bersama kapsyen yang menunjukkan beliau seakan sedang derita untuk memperjuangkan sesuatu.

Bermula daripada pendedahan Baizura, ramai yang mendakwa Rita adalah orang ketiga tersebut. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila persamaan gambar profil Rita di Instagram mirip dengan gambar individu yang berhubung dengan Aqasha.

Sehingga saat ini, Aqasha dan Rita masih lagi berdiam diri mengenai perkara ini dan membiarkan pelbagai spekulasi terus tercetus mengenai kontroversi ini.

March 3rd, 2017

Sejak beberapa hari lepas, khabar angin mengenai seorang pelakon wanita yang sedang mesra serta bermain cinta dengan seorang artis lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak cukup hangat diperkatakan. Ramai juga yang tertanya siapakah gerangan artis yang dimaksudkan.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, isteri kepada pelakon Aqasha iaitu Noor Baizura telah memuat naik beberapa foto bukti  perbualan antara suaminya dengan seorang artis wanita di akaun Instagram miliknya. Malangnya, foto-foto berkenaan sudah dipadam oleh Baizura.

Namun, selepas itu Baizura ada memuat naik sekeping foto bersama kapsyen yang cukup panjang menggambarkan situasi yang beliau sedang lalui sekarang. Ia jelas menyatakan beliau kini sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama Aqasha.

Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian kami di Forum Cari mendapati ada ahli forum yang sempat untuk “screenshot” bukti yang dimuat naik oleh Baizura.

Baizura ada menyatakan bahawa artis wanita yang menggoda Aqasha sebenarnya sudah berkahwin dua kali (gagal dalam kedua-dua perkahwinan) dan berstatus janda yang kini berusia 40 an.

Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama artis wanita itu menghubungi Aqasha dan berbalas mesej “manja”. Sudah beberapa kali juga Baizura menegur artis berkenaan tetapi perkara ini masih lagi berlanjutan,

Hmmph, agak berat juga kes ini. Siapa agaknya artis wanita yang dimaksudkan oleh isteri Aqasha? Apa-apa pun, kami tetap berharap isu ini boleh diselesaikan,  hargailah isteri dan anak-anak anda Aqasha. Kepada artis wanita berkenaan, adalah lebih baik untuk anda tidak lagi mengganggu rumah tangga orang lain dan menimbulkan sebarang salah faham.

Sumber Berita : FORUM CARI

October 12th, 2012

Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.

aqasha

Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.

aqasha

Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.

October 10th, 2010

gambar majlis perkahwinan aqasha dan noor baizura

10.10.2010 bukan sahaja tarikh keramat buat Sheikh Muszaphar dan Dr Halina tetapi juga untuk Aqasha dan Noor Baizura. Mereka berdua telah selamat dinikahkan pada hari ini. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan dalam baju pengantin berwarna kuning.

Wang hantaran adalah sebanyak RM20,000. Majlis pernikahan dan persandingan telah dilakukan di Lake Fields dengan tema dalam taman (garden wedding). Mungkin perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura tak segah perkahwinan angkasawan negara kita tapi ianya nampak tetap meriah.

gambar majlis perkahwinan aqasha dan noor baizura

Semoga perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura berkekalan sehingga ke akhir hayat. Gambar kredit Mstar.