March 7th, 2017

Nampaknya kontroversi pergolakan rumah tangga pelakon Aqasha semakin hangat apabila lelaki yang dipercayai abang ipar Aqasha, Yusri Sabri telah memuat naik sebuah status dimana beliau menegur Aqasha dan wanita yang dikatakan punca rumah tangga adiknya, Baizura berantakan iaitu Rita Rudaini.

Terdahulu, Baizura ada memuat naik beberapa foto perbualan mesra suaminya bersama seorang wanita dan memberikan bayangan bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelakon bestatus janda berusia 40 an dan sudah dua kali berkahwin.

Walaubagaimanapun, Baizura telah memadam foto berkenaan selepas ia mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah selebriti. Kemudian, beliau memuat naik sebuah foto lain bersama kapsyen yang menunjukkan beliau seakan sedang derita untuk memperjuangkan sesuatu.

Bermula daripada pendedahan Baizura, ramai yang mendakwa Rita adalah orang ketiga tersebut. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila persamaan gambar profil Rita di Instagram mirip dengan gambar individu yang berhubung dengan Aqasha.

Sehingga saat ini, Aqasha dan Rita masih lagi berdiam diri mengenai perkara ini dan membiarkan pelbagai spekulasi terus tercetus mengenai kontroversi ini.


Comments are closed.

Loading...