Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Mahu Rita Rudaini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sepanjang minggu lepas dan pada waktu ini juga, ramai yang masih terkejut dengan pendedahan Baizura yang mendakwa rumah tangga bersama suaminya, pelakon Aqasha sedang bergolak kerana kehadiran orang ketiga yang merupakan seorang pelakon wanita popular berstatus janda dan mempunyai dua orang anak serta pernah berkahwin sebanyak dua kali.

Advertisement

Pendedahan Baizura menerusi akaun Instagramnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan turut menarik perhatian selebriti lain. Ramai yang ingin tahu identiti wanita yang bermesej mesra dengan Aqasha.

Tiba-tiba, keadaan menjadi lebih hangat apabila ada pihak yang mula mendakwa Rita Rudaini adalah orang ketiga tersebut. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila persamaan gambar profil Rita di Instagram mirip dengan gambar individu yang berhubung dengan Aqasha.

Dalam sekelip mata, ruangan komen di Instagram Rita dipenuhi dengan pelbagai kritikan sehingga dilabelkan perosak rumah tangga. Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak percaya Rita sanggup berbuat demikian.

Hmmph, kami rasa lebih elok untuk Rita tampil menjelaskan perkara sebenar tidak kiralah untuk mempertahankan dirinya ataupun apa sahaja agar perkara ini tidak terus berpanjangan dan tiada lagi spekulasi liar mengenainya. Pelbagai persoalan disini yang harus Rita perjelaskan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top