April 2nd, 2020

Spekulasi keretakan rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat apabila surat tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar luas di internet selepas didedahkan sendiri oleh jutawan kosmetik itu menerusi akaun Instagramnya.

datin shahida tuntut cerai aliff syukri

Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh portal berita Harian Metro, Aliff tidak mahu mengulas mengenai perkara itu dan hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih, ia  sekaligus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan.

surat permohonan cerai aliff syukri

Muat naik status sedih

surat permohonan cerai aliff syukri

Aliff sejak kebelakangan ini dilihat sering memuat naik status sedih dan bernada kecewa yang menguatkan lagi dakwaan bahawa rumah tangganya sedang bergolak.

“Permohonan diluluskan” 

datin shahida tuntut cerai aliff syukri

“Buang ego dan selesaikan masalah secara baik” – Netizen

aliff syukri fail cerai

datin shahida tuntut cerai aliff syukri isteri aliff syukri fail cerai aliff syukri fail cerai

Rata-rata netizen meminta agar Aliff tidak membuat keputusan drastik dan memintanya muhasabah diri. Rendahkan ego dan cuba untuk menyelesaikan masalah bersama isterinya dengan baik.

Difahamkan, kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian. Mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

March 20th, 2020

Sejak beberapa hari lalu, sedang hangat diperkatakan mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga, Datuk Seri Aliff Syukri. Malah, kapsyen usahawan kosmetik itu yang penuh dengan maksud tersirat mengundang persoalan ramai.

aliff syukri

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa keliru dengan kasih sayang seseorang adakah ianya tulus ikhlas atau hanya bersandarkan wang ringgit semata-mata.

Kadang-kadang kita keliru orang sayang kita sebab duit atau ikhlas. Bahaya kalau sayang sebab duit dan rapat sebab duit sebab duit akan habis. Siapa setuju?

aliff syukri cerai

Lebih menjadi tanda-tanya, Aliff juga sudah lama tidak memuat naik foto bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Rata-rata netizen juga bertanya mengapa Aliff tiada pada sambutan hari lahir isterinya bar-baru ini. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka suami isteri bermasalah dan rumah tangga mereka goyah.

aliff syukri cerai aliff syukri

Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah. Bagaimanapun, dia dan Aliff memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai status rumah tangga mereka.

Sumber Berita : Projek MM

March 19th, 2020

Ketika ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila timbul dakwaan mengatakan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah.

aliff syukri unfollow isteri

Bagaimanapun, Shahida ketika dihubungi pihak media berkata dia memohon maaf kerana buat masa ini dia ingin mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ringkas ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff yang dihubungi juga enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut.

isteri aliff syukri fail cerai

No komen.

Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga mereka bermasalah mula tercetus apabila pasangan ini sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Malah, single terbaru yang dikeluarkan oleh Aliff berjudul Cuba Bahagia seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

Sumber Berita : Harian Metro

March 14th, 2020

Sekali lagi timbul spekulasi mengatakan rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dilanda badai apabila usahawan kosmetik itu tidak lagi mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida di akaun Instagram.

aliff syukri unfollow isteri

Enggan memberikan komen lanjut mengenai tindakannya itu, Aliff ketika ditemui pihak media menafikan perkahwinannya bermasalah. Hubungannya dengan isteri masih dalam keadaan baik dan dia sangat bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anak.

Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya. Itu sahajalah!

Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada nak komen.

Gosip keretakan hubungan mereka suami isteri mula tercetus dimana ada mengaitkan lagu terbaru Aliff seolah-olah ditujukan kepada isterinya. Mengisahkan mengenai dirinya yang mengimpikan kebahagiaan. Jelasnya, lagu berkenaan adalah untuk mereka yang tidak rasa bahagia.

aliff syukri unfollow isteri

Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga.

Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia. Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen.

 

aliff syukri unfollow isteriBiarpun menafikan hal tersebut, namun, Aliff mengakui lagu itu menggambarkan perasaannya ketika ini yang benar-benar sedih dengan apa yang dilalui.

Sumber Berita : mStar Online