Penuhi Permintaan Peminat, Datuk Aliff Syukri Nekad Keluar Lagu Baru Meskipun Isteri Tak Setuju

Hiburan

Penuhi Permintaan Peminat, Datuk Aliff Syukri Nekad Keluar Lagu Baru Meskipun Isteri Tak Setuju

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru sahaja sembuh daripada dijangkiti wabak COVID-19 meluahkan hasrat untuk tampil dengan lagu baharu tidak lama lagi kerana ingin memenuhi permintaan peminat di luar sana.

Datuk Aliff Syukri
2 years ago

Datuk Aliff Syukri Sebenarnya 'Sengaja' Buat Publisiti Murahan Untuk Marketing - Adik

Advertisement

Namun begitu, ujar Aliff, permintaan tersebut mungkin sukar untuk ditunaikan kerana mendapat tentangan hebat daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Katanya,  ramai peminat berkata bakat menyanyi yang ada pada dirinya sangat rugi jika diabaikan begitu sahaja dan  disebabkan itu juga,  muncul permintaan untuk dirinya kembali menggegarkan industri nyanyian negara.

Ramai sangat mesej kata rindu dengan suara saya dan mahu saya keluar dengan lagu baharu, sejujurnya saya tak nak kecewakan mereka, jadi saya rasa perlu untuk ada satu lagi lagu.

Cuma cabaran sekarang ini saya kena pujuk isteri dahulu. Dia tak suka saya menyanyi lagi, dia memang halang! Tapi saya tak kisah la kalau dia nak marah saya menyanyi pun.

Usahawan itu sebelum ini pernah tampil dengan beberapa buah lagu seperti Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur, Cowok Baru, Biar Apa Orang Kata dan Coba Bahagia.

Dalam pada itu, Aliff mengakui bahawa dia mempunyai suara yang lunak tetapi dalam masa yang sama takut dengan kontroversi dan kecaman netizen.

“Saya ni dah tua kalau boleh nak hidup tenang sahaja tanpa sebarang isu lagi sebab itulah kebelakangan ini saya agak mendiamkan diri tak mahu lagi apa-apa kontroversi. Bagilah peluang kepada orang baharu pula.” ujarnya.

Perkembangan terkini, dia juga memaklumkan bahawa kesihatannya semakin baik selepas bebas daripada jangkitan COVID-19 sebaik sahaja pulang bercuti dari Turki bersama ahli keluarganya yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...