Bapa Hanya Pemandu Teksi, Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki, Syukur Dapat Ke Tanah Suci

Hiburan

Bapa Hanya Pemandu Teksi, Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki, Syukur Dapat Ke Tanah Suci

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila berpeluang membawa kedua orang tuanya ke tanah suci Mekah sekali lagi.

1 year lalu

Bekas Pembantu Peribadi Datuk Aliff Syukri Nafi Panggil Datin Shahida “Si Bodoh” & “Betina”

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Shahida menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana kedua ibu bapanya itu sebelum ini pernah menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum.

Kembali menziarahi bumi barakah itu, Shahida berkata dia berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada dirinya dan keluarga.

Advertisement

Alhamdulillah..ada rezeki lagi pergi ke bumi barakah ini bersama kedua-dua ibu dan ayah saya. Selalu je dorang cakap macam tak percaya dah banyak kali datang sini. Haji sudah umrah pun sudah.

Siapa sangka kan dulu ayah saya hanya pemandu teksi dan juga bekas pengawal keselamatan. Mama saya pula kerja sebagai kerani. Rezeki orang tak sama. Begitu juga ujian juga berbeza-beza.

Dalam pada itu, Shahida yang dulunya merupakan model iklan TV turut mendoakan agar mereka yang berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci agar dipermudahkan urusan dan menjadi insan terpilih untuk ke sana.

“Saya doakan semoga semua yang berimpian untuk ke tanah suci ini dapat menjejakkan kaki ke sini. Semoga kalian antara orang-orang yang terpilih oleh-Nya.” doanya lagi.

Sekadar info, Shahida telah berangkat ke tanah suci bersama ibu dan bapanya kira-kira empat hari yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 9, 2021 at 9:51 am

    kerja keras, in sha allah ada rezeki utk bahagiakan ibu ayah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...