Bekas Pembantu Peribadi Datuk Aliff Syukri Nafi Panggil Datin Shahida “Si Bodoh” & “Betina”

Hiburan

Bekas Pembantu Peribadi Datuk Aliff Syukri Nafi Panggil Datin Shahida “Si Bodoh” & “Betina”

Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai segala dakwaan yang dilemparkan oleh Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kepadanya, pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani akui kini mahu memberi tumpuan kepada bisnesnya sahaja.

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Melati dalam posting yang dimuat naik di Insta Story miliknya.

“Saya tak nak buat apa-apa penjelasan. Saya tengah sibuk dengan tempahan yang masuk terlampau banyak. Jadi saya nak fokus dulu dengan tempahan.”

Katanya lagi, terpulang sahaja andai pihak mereka ingin menuduh dirinya berkelakuan sedemikian.

“Yang sebelah sana nak buat drama, nak buat sinetron terdesak, lantak dia la.”

Tambah Melati, beliau menegaskan dirinya langsung tidak pernah memanggil Shahida dengan panggilan kesat seperti yang didakwa.

“Sejak bila saya panggil dia macam tu. Ni sekarang siapa fitnah siapa ni! Nauzubillah.”

Semalam, Shahida dikatakan menzahirkan rasa terkilan terhadap Melati kerana sanggup memburuk-burukkan mereka sekeluarga.

Malah, beliau mendakwa Melati memanggilnya dengan pelbagai gelaran tidak sedap didengar seperti ‘Si Bodoh’, ‘Ustazah Jadian’, ‘Betina’ dan lain-lain panggilan buruk.

Bagaimanapun, tindakannya memuat naik perkongsian berbentuk luahan hati itu bukan untuk mengaibkan Melati, namun hanya mahu menjelaskan sahaja keadaan sebenar supaya tidak terus dipandang sinis oleh masyarakat.

Untuk rekod, Melati sebelum ini pernah tampil bersuara berhubung perkhidmatannya sebagai pembantu peribadi diberhentikan syarikat sekitar Julai lalu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi daripda netizen kerana individu itu diakatakan telah lama menabur bakti kepada keluarga tersebut selama lebih enam tahun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...