Written by Bella | November 16th, 2018

Menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara memuat naik video TikTok menari sakan dengan beberapa orang model luar negara ketika isterinya sedang menunaikan umrah, Datuk Seri Aliff Syukri seperti biasa tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Berkongsi perbualan beliau bersama isterinya di WhatsApp, Aliff yang bakal muncul dengan single terbaru berjanji kali ini beliau tidak akan menghasilkan sebarang muzik video kontroversi dengan tarian seksi dan mengghairahkan.

Menurutnya, beliau mahu menjaga kualiti video kerana memasang impian untuk memasuki pertandingan lagu yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu.

Ada yang meminta Aliff untuk memadam video beliau bergelek sakan dengan model-model berkenaan agar tidak lagi mengundang fitnah. Namun, ada juga yang sudah menyampah dengan permohonan maaf Aliff yang tiada kesudahannya dan menganggap ia hanya sekadar ‘marketing’ murahan.

Pada mereka, Aliff tidak perlu terlalu asyik dengan dunia hiburan dan lebih baik fokus kepada perniagaan beliau sahaja.

Written by Bella | November 15th, 2018

Umum mengetahui Datin Seri Shahida kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Sebelum itu, beliau ada mengingatkan agar suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri untuk menjaga anak-anak mereka, tidak membuat sebarang video terlampau dan terlalu leka bermain TikTok.

Namun, Aliff nampaknya tidak mengendahkan nasihat serta pesanan isterinya itu. Kurang daripada 24 jam Shahida berangkat ke tanah suci, jutawan kosmetik itu sekali lagi mengundang kontroversi dan kecaman. Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video TikTok sambil bergelek sakan dengan beberapa orang model.

Rata-rata netizen sudah mula naik menyampah dengan Aliff dan menyifatkan beliau tidak menghormati serta menjaga sensitiviti isterinya yang sedang beribadah di Mekah. Mereka juga meluat dengan taktik Aliff meraih publisiti murahan dengan cara sebegini dan kemudian membuat permohonan maaf. Ibarat kata-kata maaf itu sungguh murah.

Sudah beberapa kali dikecam, sepatutnya Aliff sudah boleh berfikir dan berhati-hati saat ingin memuat naik sesuatu di media sosial. Janganlah terus salahkan netizen. Apa komen anda?