April 17th, 2019

Beberapa hari lalu, selebriti popular Zizan Razak telah menyambut hari lahirnya yang ke 35 tahun.

Bersempena dengan hari istimewa itu, Zizan ada memberikan dedikasi buat dirinya sendiri. Meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan berdoa agar dirinya dimurahkan rezeki, Zizan sempat juga bermohon agar dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang baik dan solehah.

Pada masa yang sama, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga serta peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini.

Gosip cinta Zizan sering diperkatakan ramai, contohnya bersama Mira Filzah, walaupun agak mesra bersama, kedua-duanya memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Zizan, semoga hasrat anda untuk bertemu jodoh dengan seorang wanita yang solehah akan termakbul jua satu hari nanti.

Sumber Berita : Astro Awani

Advertisement
June 8th, 2017

Mengakui merasa tenang ketika berada pada malam 10 terakhir Ramadhan di Mekah yang dilaluinya tahun lalu, pelawak Zizan Razak mahu merasai pengalaman yang sama juga pada tahun ini. Difahamkan Zizan bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi melakukan ibadah umrah pada 14 Jun ini. Ia juga merupakan satu peluang yang baik untuk Zizan berehat.

Semenjak pertama kali ke Mekah saya sudah tiada perasaan untuk ke tempat lain kerana di sanalah tempat paling baik untuk bercuti.

Selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam setiap ibadat dilakukan saya juga sentiasa berasa amat tenang apabila berada di Mekah dan akan gunakan setiap peluang beribadah dengan sebaik-baiknya.

Zizan berkata beliau mahu menggunakan peluang umrah kali ini untuk lebih mengenali  dirinya dan memperbaiki setiap kelemahan beliau untuk menjadi seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

Selain sentiasa berasa tenang di Mekah, semua jemaah adalah setaraf sehingga kita tak kenal siapa kaya atau miskin.

Ia tempat yang baik untuk bercuti dan sekiranya mampu… pergilah! Ia banyak mengajar kita mengenal diri sendiri, tak fikir benda lain selain amalan dan bagaimana hendak lalui padang Mahsyar (apabila meninggal dunia) nanti.

Semoga perjalanan dan ibadah umrah Zizan nanti berjalan dengan lancar. Harapnya Zizan dapat mencari ketenangan untuk membersihkan jiwa dan diri serta menjadi seorang insan yang lebih baik kelak.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 3rd, 2016

Nama Zizan Razak beberapa hari ini terpalit dengan satu khabar angin mengatakan beliau mempunyai sedikit masalah disiplin.

Menurut Cik Pang menerusi akhbar Harian Metro, ada seorang rakan beliau bengang dengan sikap Zizan yang tidak hadir pada satu sesi fotografi untuk sebuah akhbar.

Perkara yang membuatkan teman Cik Pang itu sakit hati ialah ketika Zizan tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada pihak akhbar berkenaan meskipun mereka beberapa kali cuba untuk menghubunginya.

Hanya selepas setengah hari, barulah pembantu peribadinya memberitahu bahawa kereta Zizan menghadapi masalah.

Buat rakan Cik Pang, sikap Zizan itu tidak profesional apatah lagi pengamal media sudah bertungkus lumus mempersiapkan segala kelengkapan daripada tajaan, solekan dan lokasi yang menarik untuk menjalani sesi fotografi tersebut.

Harapnya perkara ini dapat memberikan pengajaran buat artis lain juga, jika benar anda sedang menghadapi masalah, hubungi pihak yang berkenaan awal-awal lagi agar tiada masalah yang akan timbul.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
November 5th, 2014

Selepas Nora Danish dan Emma Maembong, kini giliran Zizan Razak untuk mempunyai jumlah pengikut sebanyak1 juta di Instagram. Kalau tak silap, Zizan merupakan selebriti lelaki pertama yang berjaya mencecah angka keramat ini. Jutaan tahniah diucapkan. Sesungguhnya populariti Zizan tidak boleh disanggah lagi. Bukan senang nak sampai angka 1 juta lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.

zizan razak

Zizan Razak juga telah mengambil kesempatan untuk menulis ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini bersempena dengan angka 1 juta ini. Tulis Zizan:-

THANK YOU!! All I can say is a million thank yous for your support, for your love, for your prayers, for following me and for accepting me. You are my blood, my heart, my inspiration… You motivate me every day to do what I do and to live my dreams in this industry. All praise belongs to God

zizan razak

Semoga Zizan terus kekal ‘humble’, mesra peminat dan menghargai para penyokongnya seperti yang dilakukan selama ini. Semoga Zizan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Siapa sangka daripada seorang peserta Raja Lawak, kehidupan Zizan kini berubah 100%. Itulah namanya rezeki. Good luck and all the best untuk masa hadapan. Tahniah Zizan. Jangan lupa untuk ikuti Zizan di Instagramnya.

P.S: Monty, si kucing dengan wajah yang unik

Advertisement