April 17th, 2019

Beberapa hari lalu, selebriti popular Zizan Razak telah menyambut hari lahirnya yang ke 35 tahun.

Bersempena dengan hari istimewa itu, Zizan ada memberikan dedikasi buat dirinya sendiri. Meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan berdoa agar dirinya dimurahkan rezeki, Zizan sempat juga bermohon agar dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang baik dan solehah.

Advertisement

Pada masa yang sama, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga serta peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini.

Gosip cinta Zizan sering diperkatakan ramai, contohnya bersama Mira Filzah, walaupun agak mesra bersama, kedua-duanya memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Zizan, semoga hasrat anda untuk bertemu jodoh dengan seorang wanita yang solehah akan termakbul jua satu hari nanti.

Sumber Berita : Astro Awani

Advertisement

17 responses to “Zizan Razak Harap Dipertemukan Jodoh Dengan Wanita Solehah”

  1. Lebih Tahu says:

    Lelaki yang BAIK untuk wanita yang BAIK. Hadamkan.

  2. Que que says:

    Ambik sajat aaa

  3. Anonymous says:

    Ambik sajat aaa

  4. Bob Barli says:

    Adoi.. Why so negative people? Elok la tu at least ada niat nk cari pmpn yg baik2. Niat nk sama2 jadi baik. Layak ke tak dia dapat pmpn yg dia nk, tu urusan dia dgn Allah. Cuma kena ingat la kalau sape pon jodoh kau, Allah dah janji lelaki yg baik utk perempuan yg baik, ko kena terima la jodoh kau seadanya sbb sebenarnya pasangan kau tu ialah cerminan diri kau sbnrnye. Sekian.

  5. Anonymous says:

    Y laki nk cari wanita solehah, y wanita nk cari laki soleh…akhirnya 2-2 mereput….ni aku nk nasihat skit kat ko zizan…kt ni lelaki dijadikan tuk memimpin dan membimbing wanita…x pyh cari y solehah pn…klu ko sndri mampu bimbing wanita jd solehah tu lg bgs…so sbg lelaki kne laa tau HORMAT MARUAH SEORANG WANITA baru blh cite psl solehah….wanita solehah idaman ko tu lahir dari didikan mak ayah nye…spttnye ko sndri bimbing wanita itu jadi solehah bkn main order je nk y solehah sdgkan rmai laki kat luar sne y jd pemusnah wanita..sekian,tu je nasihat aku..

Loading...