June 13th, 2019

Sebut sahaja nama Nur Sajat, pastinya ramai yang kenal dengan usahawan kosmetik ini. Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, Sajat tidak pernah peduli dengan komen negatif dan terus berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, Sajat menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dia kini sudah berjaya memiliki tanah sendiri seluas tiga ekar. Difahamkan, kedudukan tanah itu terletak berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka.

Sajat turut meyatakan hasratnya untuk membina masjid dan beberapa perumahan di situ. Bukan itu sahaja, dia juga ingin memberikan  rumah sebagai hadiah ganjaran kepada pekerjanya.

Niat murni Sajat itu mendapat sokongan  dan pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Apa yang dilakukan Sajat tidak dinafikan satu perkara yang baik, namun ada yang berharap agar satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka untuk berubah kembali ke fitrah asalnya.

February 8th, 2019

Baru-baru ini akaun Instagram Nur Sajat iaitu @nursajat23 tidak dapat ditemui lagi dan dikatakan telah dipadam oleh pihak Instgram selepas mendapat banyak laporan daripada netizen yang mendakwa Sajat melanggar syarat dan panduan pengguna.

Tidak berputus asa dan masih lagi mahu dirinya tidak hilang dari ‘radar’ media sosial, Sajat kembali membuka akaun baru Instagram menggunakan nama Nur Sajadiah. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh kekasihnya, Coach Yin.

Walaupun baru sahaja beberapa hari, akaun Instagram tersebut sudah mempunyai lebih 44,000 orang pengikut.

Sekejap sahaja sudah dapat puluhan ribu pengikut, tetapi yang ‘follow’ itu peminat ataupun ‘haters’?

Sumber Berita : Media Hiburan

July 26th, 2017

Nama Nur Sajat sejak kebelakangan ini memang cukup popular. Baru-baru ini, telah tersebar beberapa keping gambar yang dikatakan menunjukkan nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenar wanita itu. Spekulasi ini baru sahaja berlaku sehingga Sajat menganggap ia adalah kerana ada pihak yang cemburu dengan kejayaan di dalam perniagaan bidang kosmetik.
sajatSecara teorinya, sudah pasti ramai yang cemburu dengan Nur Sajat. Dah lah cantik, kaya, berjaya, popular dan menjadi tumpuan ramai. Adatlah dalam dunia ini, bila kita berada di atas, pasti ramai yang nak jatuhkan kita. Namun Sajat tidak terkesan dengan kecemburuan ini. Kata Sajat:-

Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya. Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?

Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.

Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya

sajat

Semoga Sajat tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebegini. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting kita tahu realiti dan fakta sebenar. Biasalah mereka yang cemburu ini memang ada di mana-mana. Semoga Sajat terus fokus dengan perniagaannya dan tidak memikirkan sangat pertikaian orang ramai tentang jantinannya. Sumber Berita Harian.