“Saya Dah Tak Nak Menjadi Orang Islam..” – Sajat Sepertinya Mahu Keluar Agama?

Hiburan

“Saya Dah Tak Nak Menjadi Orang Islam..” – Sajat Sepertinya Mahu Keluar Agama?

Rasanya ramai yang ternanti-nanti perkembangan lanjut mengenai kisah pihak berkuasa yang masih lagi dalam misi menjejaki usahawan popular Sajat.

Sajat
3 years ago

Rumah Diserbu JAIS, Sajat Dilaporkan 'Menghilang' Dari Kediaman

Advertisement

Pun begitu, tidak semena-mena video miliknya telah tular di media sosial baru-baru ini. Lebih memeranjatkan apabila Sajat sepertinya kecewa dengan layanan yang diterima dan berniat untuk menukar agama.

Bagi mengelakkan salah faham mengenai isu sensitif ini, dipetik daripada laporan Harian Metro, berikut ialah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkan Sajat dalam sedutan video berdurasi 1 minit 48 saat.

Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.

nur sajatSumber : Harian Metro  

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.”

Kata Sajat lagi, dia bukannya mahu mengugut.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Malah dia sepertinya serius dengan pertuturannya itu.

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.”

Di akhir video tersebut, ungkapnya,

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah.”

nur sajatSumber : The STAR  

Untuk pengetahuan semua, Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula berhubung isu berpakaian wanita pada 2018 dan kini sedang menjadi buruan pihak berkuasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...