Kediaman pengusaha kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah diserbu pihak berkuasa namun usahawan tersebut telah gagal ditemui.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman,36, yang kini diburu setelah waran tangkap ke atas dirinya dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada minggu lepas.
Menurut sebuah laporan media dan sumber berkenaan, serbuan telah dilakukan sekitar jam 9 malam di kediaman pengusaha kosmetik itu yang yang bertempat di Seksyen 10, Kota Damansara.

“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua orang kanak-kanak difahamkan anak angkat kepada Sajat yang berada dalam rumah berkenaan. Pemeriksaan lanjut juga telah dilaksanakan di seluruh kediaman tersebut namun Sajat gagal dijumpai.”
Sebelum ini, laporan media yang sama melaporkan Sajat seolah-olah ‘mencabar’ pihak berkuasa apabila mengatakan masih tiada orang yang datang mengetuk pintu rumah untuk menahan serta menangkap dirinya.
Sumber : Google
Terdahulu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak untuk mengeluarkan waran tangkap setelah Sajat gagal hadir bagi perbicaraan pertuduhan memakai pakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina dalam sebuah majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang diadakan di Nursajat Beautician, Seksyen 16, pada Februari tahun lalu.
Dalam pada itu, laman Instagram milik usahawan kosmetik itu juga telah hilang, dipercayai sudah dinyah aktifkan.
SUMBER : Kosmo Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Loading...