June 10th, 2020

Tak sangka rakyat Malaysia mampu bertahan di rumah dan mematuhi sehala prosedur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih kurang 3 bulan lamanya. Memang janggal apabila terpaksa mengubah gaya hidup asal kepada yang baharu demi memerangi wabak COVID-19.

Pelakon Remy Ishak juga jujur mengakui bahawa disebabkan terlampau lama tinggal di rumah, dia kini mengalami kemurungan sehingga terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

remy ishak kemurungan

Bahkan risau sekiranya pelakon tersebut mengalami gangguan emosi dan mental yang semakin membimbangkan, doktor telah menitipkan nasihat supaya tidak tinggal bersendirian.

“Saya tinggal sendirian. Apabila terlalu lama tidak keluar bekerja dan berjumpa orang, saya jadi murung. Apatah lagi saya ‘single’, mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu.”

Walaupun cuba tampil kuat dan sering melakukan siaran langsung di Instagram bersama peminat, namun perasaan senang itu tidak dapat bertahan lama sehingga Remy Ishak susah untuk mengawalnya.

Meskipun isu kesihatan mental masih kurang disebut di dalam masyarakat tetapi lelaki itu tidak segan untuk berkongsi dengan umum kerana dia percaya ramai yang mengalami masalah yang sama sejak pelaksanaan PKP ini.

Atas nasihat doktor tersebut, Remy Ishak telah pun pulang ke pangkuan keluarga sejak daripada Ahad lalu lantas lelaki itu lebih mudah untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain secara bersemuka.

remy ishak kemurungan

Tambahnya lagi, jadual tidur yang asyik berubah semasa perintah tersebut berlangsung secara tak langsung turut mengganggu emosinya.

Lelaki itu yang berhasrat untuk pulang lebih awal ke kampung halaman walaubagaimanapun telah menangguhkan hasratnya tersebut supaya tidak membawa pulang virus tanpa sedar kepada ibunya yang sudah berusia.

Diminta peminat jangan risau kerana menurut doktor, kemurungan yang dialami Remy Ishak bukanlah di peringkat teruk. Bahkan lelaki itu akan kembali berkerja 20 Jun nanti.

Sumber: BH Online

March 26th, 2019

Semua sedia maklum, pelakon Remy Ishak sudah kembali solo. Berita beliau putus tunang dengan Ezza Yusof mengejutkan ramai pihak kerana mereka sudah dua tahun bertunang.

Remy aku beliau ada cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dan melakukan solat istikarah tetapi tidak nampak ke arah perkahwinan. Jalan berpisah adalah yang terbaik buat mereka berdua.

Namun, baru-baru ini Remy dilihat memuat naik beberapa keping foto bekas tunangnya dengan kapsyen berharap agar Ezza kekal tabah.

Bagaimanapun, tindakan Remy berkongsi foto bekas tunangnya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Kata mereka, kenapa selepas putus tunang baru hendak memuat naik foto Ezza?

Terdahulu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir sejak sebulan lalu dan ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga. Remy tidak meletakkan kesalahan kepada Ezza dan menerima keputusan ini sebagai ketentuan takdir. Mereka masih kekal berkawan baik sehingga hari ini dan mempunyai perniagaan bersama.

Sumber Berita : Astro Gempak

March 20th, 2019

Desas-desus mengatakan Remy Ishak kembali solo akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengesahkan dirinya putus tunang dengan Ezza Yusof sejak sebulan yang lalu.

Bagaimanapun, Remy menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka yang terjalin selama dua tahun ini.

Benar sudah putus tunang. Tidak adil untuk terus tangguh perkahwinan kerana belum ada hala tuju hubungan ini. Bukan salah Ezza, dia insan baik. Sebaliknya, isu timbul daripada konflik dalaman saya. Tempoh pertunangan dua tahun membuatkan saya sedar diri ini belum bersedia untuk menjadi suami. Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum memegang peranan sebagai ketua keluarga.

Saya harus memikirkan mengenai Ezza kerana hubungan ini bukan membabitkan saya saja.Tempoh bertenang diperlukan untuk memperbaiki diri dan sebagainya, cuma kedua-dua belah keluarga sudah dimaklumkan.

Remy enggan memberikan komen lanjut mengenai pemulangan cincin tunang kerana perkara itu terlalu peribadi dan ingin menjaga hati banyak pihak.

Meskipun tidak bersama lagi, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik dan Remy juga tidak menolak jodoh jika ditakdirkan hubungan dengan Ezza kembali bertaut.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 14th, 2019

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, ramai yang tanya bila agaknya pelakon Remy Ishak akan menamatkan zaman bujangnya? Bagaimanapun, Remy sering memberitahu beliau belum lagi bersedia untuk berkahwin. Malah, faktor komitment kerja juga membuatkan perkahwinan tertangguh.

Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Remy kini sudah kembali solo. Eh biar betul?

Menerusi IG Live baru-baru ini, Remy mengaku sudah ‘single’, tiada siapa mahukan dirinya lagi.

Meskipun pelbagai spekulasi tercetus, buat masa ini tiada lagi kenyataan rasmi tentang status hubungan Remy dan tunangnya Ezza Yusof. Apa-apa pun, kami harap semuanya baik-baik sahaja, mungkin sekadar gurauan daripada Remy?

Kredit Foto : Cosmopolitan